BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Cekup Anak MB Perlis

'Ramasamy Penyokong Kuat Anwar, Kerajaan Sebelum Di Gugur Sebagai Calon'

01.05.2024 - Ahli parlimen DAP RSN Rayer mengecam bekas rakan seperjuangannya P Ramasamy dan penyokongnya yang berkempen menentang Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu. Ahli Parlimen Jelutong itu yang berterima kasih kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC SA Vigneswaran, kerana menyokong calon gabungan itu, berkata dia tidak terkejut dengan tindakan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu.

“Tetapi saya tertanya-tanya sama ada Ramasamy dan rakan-rakannya akan melakukan perkara yang sama jika mereka diberi peluang untuk bertanding pada pilihan raya negeri lepas di Pulau Pinang tahun lalu dan jika Ramasamy masih timbalan ketua menteri?” soalnya.

Rayer menegaskan bahawa sehingga Ogos tahun lalu, Ramasamy merupakan "penyokong dan sekutu tegar" Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan "pembela" kerajaan perpaduan.

"Sebaik digugurkan sebagai calon, Ramasamy dan rakan-rakannya menukar nada dan mula menyerang kerajaan perpaduan dan Anwar," tambahnya.
0691301b2d78f1d789d82988193d7593.jpg

Dia juga menegaskan bahawa politik adalah mengenai "kesetiaan dan prinsip dan bukan kepentingan peribadi yang mementingkan diri sendiri".

“Dalam hal ini, saya dengan tulus ikhlas menghargai dan menyanjung bekas rakan seperjuangan saya yang pernah menjadi wakil rakyat seperti Charles Santiago, Kasthuri Patto, Phee Boon Poh dan Chong Eng daripada DAP yang masih setia kepada parti dan telah keluar untuk kempen untuk kita dalam pilihan raya. Ramasamy dan rakan-rakannya harus melihat diri mereka sendiri di cermin dan bertanya kepada diri sendiri di mana mereka berada sekarang tanpa DAP dan PH. Mereka harus menghentikan telatah mereka yang memalukan di Kuala Kubu Bharu dan berhenti cuba memanipulasi pengundi Kuala Kubu Bharu untuk kepentingan peribadi mereka," tambahnya.

Ramasamy, yang kini mengetuai parti serpihan DAP, Urimai, menggesa pengundi di Kuala Kubu Bharu supaya tidak mengundi PH. Dia berkata Anwar harus "diberi pengajaran" kerana tidak menunaikan janjinya kepada rakyat Malaysia. Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan ada pihak tertentu menggesa pengundi India di Kuala Kubu Bharu memboikot pilihan raya dengan mendakwa kerajaan mengabaikan komuniti itu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/704105
 
Siasatan Ke Atas MB Perlis Tak Jejas Kempen PN - Azmin

01.05.2024 - Siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak akan menjejaskan kempen PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, kata Azmin Ali. Sebaliknya pengerusi PN Selangor itu berkata pihaknya akan meneruskan kempen dan memberi penjelasan kepada pengundi mengenai pelbagai isu.

"Sebagai contoh, isu kelayakan pendidikan calon PN Khairul Azhari Saut yang dibangkitkan oleh PH. Kita tahu ini semua fitnah PH untuk mengalihkan pandangan kepada isu sebenar dan terbukti apabila universiti (UMPSA) sendiri keluarkan kenyataan mengesahkan sijil kelayakan pendidikan Khairul. Itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada PH supaya tak bawa fitnah di kempen PRK kerana rakyat sudah penat dengan pemain-pemain politik," katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Adun Hulu Kelang itu berkata demikian ketika ditanya apakah siasatan terhadap MB Perlis akan memberi kesan kempen pada PRK ini. Terdahulu, SPRM mengesahkan Mohd Shukri ditahan suruhanjaya antirasuah itu dan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama beberapa jam. Mohd Shukri dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung beberapa dakwaan membabitkan anaknya, yang ditahan dan direman minggu lepas. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, menteri besar Perlis itu dibebaskan dengan jaminan selepas SPRM berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan.

Nafi PAS Boikot

Sementara itu, Azmin menafikan dakwaan pemimpin PAS memboikot PRK berkenaan. Bagaimanapun ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan pada ceramah umum semalam, Azmin berkata dia tidak pasti.

"Saya tak pasti. Biasanya kita senaraikan pemimpin-pemimpin yang bersedia untuk datang. Sekiranya tak dapat mungkin ada sebab,” katanya.

Azmin berkata ramai pemimpin PAS tidak berada di Kuala Kubu Bharu kerana pada hari penamaan calon, parti itu mengadakan majlis rumah terbuka di Perlis.

"Sekarang, selepas penamaan calon kebanyakan pemimpin PAS sudah berada di sini. Esok (hari ini), MB Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) akan ada di sini. Selepas itu, kita ada timbalan presiden PAS Tuan Man Tuan Ibrahim," katanya.

Sebelum ini, PN mengeluarkan poster dengan nama Takiyuddin antara pemimpin yang akan hadir ke ceramah umum di Kuala Kubu Bharu malam tadi. Keberadaan pemimpin PAS yang lebih ramai di Perlis berbanding Kuala Kubu Bharu turut dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
1714546944563.png
 
Sekarang, selepas penamaan calon kebanyakan pemimpin PAS sudah berada di sini. Esok (hari ini), MB Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) akan ada di sini. Selepas itu, kita ada timbalan presiden PAS Tuan Man Tuan Ibrahim," katanya
 
MB Perlis Boleh Di Panggil Semula Jika Perlu - Azam Baki

01.05.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melengkapkan siasatan ke atas Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berhubung salah guna kuasa. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan masih dijalankan dan Mohd Shukri dilepaskan dengan jaminan selepas keterangannya diambil selama lapan jam semalam.

"Semalam beliau memberi kerjasama yang baik dengan pegawai SPRM ketika dirakam percakapan.Bagaimanapun jika ada keperluan beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, anak Menteri Besar Perlis yang ditahan reman sebelum ini juga sudah dilepaskan dengan jaminan pada minggu lalu. Harian Metro semalam melaporkan Menteri Besar Perlis ditahan pada 11 pagi semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, sebelum dilepaskan selepas lapan jam. Beliau dipercayai disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung isu salah guna kuasa yang membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...s-boleh-dipanggil-semula-jika-perlu-azam-baki
 
Saya masih Menteri Besar Perlis - Mohd Shukri​

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli (depan, tengah) ceria ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO Perlis di Kompleks DUN Perlis, Kangar. - NSTP/AIZAT SHARIF

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli (depan, tengah) ceria ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO Perlis di Kompleks DUN Perlis, Kangar. - NSTP/AIZAT SHARIF

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, fokus untuk terus menguruskan negeri walaupun wujud desakan meletak jawatan susulan siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis dan Pesuruhjaya PAS negeri itu melihat desakan untuknya berundur itu sekadar timbul dalam media sosial dan bukan di peringkat parti atau pentadbiran negeri.

"Itu hak semua sebab negara ini beri kebebasan untuk bercakap, jadi bagi ruang kepada mereka tetapi saya masih Menteri Besar Perlis.

"Desakan (letak jawatan) ini sebenarnya datang daripada media sosial dan ramailah yang mahu saya berundur tetapi desakan ini tidak timbul dalam kalangan parti mahupun pentadbiran negeri," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, hari ini.

Katanya, tumpuan kini adalah untuk terus menguruskan negeri.

Pada masa sama, Mohd Shukri mengesahkan ditahan oleh SPRM Putrajaya selama lapan jam untuk diambil keterangan pada Selasa lalu.

"Saya diambil keterangan sahaja, bukan ditahan terus dan ikut peguam saya, penahanan selama sembilan jam itu hanyalah untuk membantu siasatan.

"Saya menerima siasatan oleh SPRM ini dengan hati yang terbuka, mungkin ini memberi ruang untuk saya lebih berdisiplin memastikan pembersihan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Jika ada keperluan mungkin saya dipanggil dan saya bersedia untuk itu," katanya.

Pada Selasa lalu, Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang ditahan SPRM Putrajaya selama sembilan jam untuk dirakam keterangannya berhubung dakwaan salahguna kuasa.
 
Back
Top
Log in Register