BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Cekup Anak MB Perlis

Hasil siasatan kes anak MB Perlis diperoleh minggu depan - SPRM​



2651663.jpg

Laporan Sinar Harian pada 24 April lalu.


ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak kepada Menteri Besar Perlis dan beberapa individu lain.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, pihaknya menjangkakan hasil siasatan diperolehi pada minggu depan.

“SPRM sedang lengkapkan siasatan, saya harap akan ada keputusan (hasil siasatan) minggu depan, mungkin selewat-lewatnya pada Rabu depan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada 26 April, anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman SPRM, dilepaskan dengan jaminan SPRM, beserta empat individu lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan dalam kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Kesemua suspek dilepaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Sebelum itu, SPRM menahan enam individu dipercayai terlibat dengan kes tersebut, ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Perlis.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Dalam pada itu, Azmi menafikan dakwaan yang tular bahawa lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu akan ditahan SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Identiti lima ADUN berkenaan yang mewakili Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa disebut sendiri oleh anak Menteri Besar Perlis, ketika siasatan dilakukan oleh SPRM.

“Buat masa ini, dakwaan tersebut tidak betul,” katanya.

Azmi turut menafikan kononnya sekumpulan anggota SPRM Putrajaya telah pun berada di Perlis sejak beberapa hari lalu setelah memperoleh maklumat baharu tersebut.

 

Anak MB Perlis, bekas Setiausaha Politik akan didakwa esok​


Mei 22, 2024 @ 2:32pm

- Foto hiasan
- Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Anak kepada Menteri Besar (MB) Perlis dan bekas Setiausaha Politik menteri akan didakwa di mahkamah berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.

Sumber berkata, pertuduhan ke atas anak Menteri Besar itu akan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

"Dia (anak Menteri Besar Perlis) akan didakwa di mahkamah pada Khamis (esok). Maklumat lanjut mengenai pertuduhan akan dimaklumkan pihak SPRM nanti," kata sumber itu.

Media pada 24 April lalu, melaporkan anak kepada MB Perlis antara enam individu yang direman oleh SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000. Turut direman ialah pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.

Suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Anak MB Perlis bersama empat lagi kemudian dilepaskan pada 26 April lalu dengan jaminan sebaik tempoh reman tamat.

Susulan siasatan yang dijalankan, SPRM pada 30 April lalu menahan MB Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan isu salah guna kuasa.

Beliau ditahan kira-kira jam 11 pagi semasa hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, sebelum dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 7 malam.

Sementara itu, berdasarkan surat jemputan liputan media, SPRM memaklumkan mereka sudah mendapat izin mendakwa seorang pemilik syarikat dan seorang bekas setiausaha politik menteri, esok di dua mahkamah berbeza.

Pemilik syarikat itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis manakala bekas setiausaha politik menteri pula akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
 
Anak menantu ka anak hantu?
 
Back
Top
Log in Register