BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Cekup Anak MB Perlis

Bukan x biasa PN buat kerja macam ni

Cuma luar biasa bila PAS yang kena

PAS clean bang, even dia reput bab2 pembangunan tapi bab2 rasuah ni dia memang clean dan handal jaga diri

Harap2 MB Perlis x terlibat la atau tak tahu ke, walaupun anak sendiri.. boleh jadi dia x tahu

Sapa ntah yang pedajal pecah lobang benda ni..

Ntah2 orang orang sebelah jugak.. maklum lah dah ada x puas hati sebelum ni

kan...takkan la tak de kontraktor walaun lain yg layak dpt projek kot..
 
MB Perlis dibebas dengan jaminan SPRM – Azam Baki​

UTU_SIDANGMEDIAOPSAMBA_AZAMBAKI_009_preview.jpg

Azam Baki

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas selesai diambil keterangan hampir lapan jam sejak pagi kelmarin.

perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Betullah seperti itu (dibebaskan dengan jaminan),” katanya.

Katanya, kenyataan lanjut berhubung perkara itu akan dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat SPRM kemudian.
 
Pembangkang kena hadap la......... Dulu depa attack sanusi............ Rasuah bola la, rasuah rare earth la......
 
MB Perlis: Pimpinan PAS kecam laporan Malaysiakini

Izwan Abdul HalimApril 30, 2024
KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS membidas laporan portal berita Malaysiakini dengan tajuk ‘SPRM tahan MB Perlis’ yang berunsur untuk menimbulkan prasangka berbanding keadaan sebenar konteks kejadian.

Malah, laporan tersebut juga disusun secara bermuslihat bersandarkan reaksi yang diperolehi daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Seri Azam Baki.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dalam reaksinya kepada laporan itu telah memberi tutorial percuma dengan menegaskan bahawa ‘dipanggil untuk siasatan SPRM’ adalah berbeza dengan ‘ditahan oleh SPRM’.

“Wartawan pun tak mahir dalam Bahasa Melayu, apa nak jadi ni? Sepatutnya wartawan yang biasa berinteraksi menggunakan Bahasa Melayu boleh membezakan dua ayat (dinyatakan) ini.

“Lainlah calon PRK dari parti tertentu, yang hanya ada pengalaman bekerja dalam partinya sahaja. Tidak pelik jika tidak mahir berbahasa Melayu,” bidas Ahli Parlimen Pasir Mas itu disulami sinikal.

Ketua Pemuda PAS, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden pula dalam reaksinya kepada laporan sama turut menempelak Malaysiakini dan menegaskan bahawa Menteri Besar Perlis hanya dipanggil beri keterangan, bukannya ditahan.

“Apa tujuan Malaysiakini tulis tajuk berita ‘SPRM Tahan MB Perlis’? Adakah untuk campak persepsi negatif? Sepatutnya tajuk berita ditulis ‘SPRM ambil keterangan MB Perlis,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Alor Setar.

Beliau memetik kes tahun 2021 di mana seorang editor Malaysiakini dipanggil oleh pihak polis untuk beri keterangan dan portal berita itu menyiarkan laporan dengan tajuk, ‘Polis panggil wartawan Malaysiakini bantu siasatan’.

“Kenapa tak ditulis ‘Editor Malaysiakini ditahan polis’? Kenapa ada dua bentuk pemberitaan terpilih untuk satu situasi yang sama?” ujarnya mempersoal etika pelaporan portal tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad pula dalam reaksinya dengan memuat naik tangkap layar laporan portal itu dan media sosial pihak MB Perlis menyelar dengan coretan, ‘Dulu kini dan selamanya, inilah cara pemberitaannya’. – HARAKAHDAILY 30/4/2024
 
Fadhli dah mengelabah biawak kenapa. Macam lah korang tak buat tajuk berita sensasi siap ada tanda soal sebab takut kena saman.
 
SPRM Siasat Apa? Macam-Macamlah, Jawab MB Perlis

01.05.2024 - Selepas hadir memberi keterangan kepada SPRM selama sembilan jam, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli nampaknya tidak memberi butiran lanjut mengenai siasatan suruhanjaya itu. Ditanya mengenai kes dia dipanggil untuk dirakam percakapan itu, dia menjawab: "Macam-macam lah." Menjawab soalan bahagian mana dia disiasat, dia berkata: "Saya pun tak pasti".

Shukri yang ditemui di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya juga berkata suruhanjaya itu tidak akan menghubunginya lagi.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Shukri "ditahan" walaupun PAS mendakwa sebaliknya. Azam memaklumkan ahli politik itu dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas kenyataannya direkodkan berhubung dakwaan kes salah guna kuasa.
1714546736030.png
 
Back
Top
Log in Register