BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Cekup Anak MB Perlis

Keabsahan ikut definisi undang2 kt bila ada pendakwaan dn prima fasi.....br boleh di katakan bersalah....klau sekadar tangkapan dn dlm siasatan blum lg
Ada prima fasi 47 kes pun boleh tarik balik............. Pembangkang baru siasat dah cop bersalah
 
walaun-walaun semua.. mohon tabahkan diri ketap bibir ... jalan terus

438664216_971039921059141_7645483413502931451_n.jpg
 
Benda kalau politik ni, dah jatuh hukum pun boleh kata mahkamah silap.....hahahahaha.

Penyokong pun percaya je...hehe
Politik, punca kuasa, tahta jd nk kekal tahta apa perlu buat, kukuhkn kedudukan hentam la lwn2 yg xsehalun
.....itu lumrah mn2 pun
 
Anak MB Perlis Di Bebas Dengan Jaminan SPRM

26.04.2024 - Turut dibebaskan empat lagi suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu RM600,000. Anak menteri besar Perlis yang ditahan reman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu RM600,000 dibebaskan hari ini. Menurut Utusan Malaysia, suspek bersama lima lagi lelaki itu dibebaskan secara berperingkat dengan jaminan SPRM sejak jam 11 pagi tadi. Peguam semua suspek Mohd Fadhly Yaakob berkata, sekiranya ada keperluan mereka akan dipanggil semula oleh SPRM untuk memberi keterangan.

Anak Menteri Besar Perlis Shukri Ramli dilaporkan antara lima individu direman SPRM pada Rabu lalu bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan membabitkan jumlah RM600,000. Memetik sumber, perintah reman turut dikenakan ke atas pegawai kanan pejabat menteri besar. Suspek ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikatakan dikehendaki membantu siasatan berhubung pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022. Shukri sebelum ini dilaporkan berkata beliau menyerahkan kepada budi bicara SPRM untuk menjalankan siasatan dan tiada prasangka sekiranya anaknya terbukti bersalah.

Katanya, apa berlaku kepada dirinya dianggap “ujian” selain mengakui kelemahannya kerana “terlalu baik”, serta meletakkan “kepercayaan kepada semua orang”.
1714137951904.png
 
Kalau tiap2 hari prk
Tiap2 hr anak org politik kena tangkap
 
berhubung pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022

_________

tagline baru.... menang hari ni.. esk songlap
 
Back
Top
Log in Register