BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Cekup Anak MB Perlis

SPRM siasat anak MB Perlis: Tidak perlu terkejut​

IMG-20240425-WA0045-696x432.jpg

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas pentadbiran kerajaan adalah perkara yang tidak perlu ‘diterkejutkan’, demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

“Saya terkejut apabila salah seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyatakan bahawa dia terkejut apabila Kerajaan Perlis terkait dengan siasatan SPRM tidak sampai dua tahun Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negeri itu.

“Saya terkejut kenapa beliau boleh terkejut. Jika usia pentadbiran kerajaan menjadi kejutan, maka saya nak ingatkan kepada beberapa fakta,” ujarnya dipercayai merujuk reaksi Ahli MKT Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii kepada perkara itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyenaraikan kes siasatan SPRM, iaitu dua kes yang dijalankan ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 dan gabungan Kerajaan PH-Barisan Nasional (BN) berkuasa masing-masing tidak sampai setahun dan dua tahun.

Kes pertama rujuknya, melibatkan Pegawai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang ditahan reman selama empat hari selepas didakwa menerima jam tangan mewah sebagai suapan daripada seorang pemaju ketika Kerajaan PH 1.0 berusia tidak sampai setahun.

Kes kedua kemukanya, ketika kerajaan sama berkuasa tidak sampai 2 tahun, Pegawai Kanan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak.

Penerimaan itu menurut laporan dipetik Ahmad Fadhli, adalah untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya nama pegawai tersebut dapat dikeluarkan daripada status muflis.

Manakala ketika Kerajaan PH-BN mentadbir negara tidak sampai satu tahun imbasnya, Pegawai Kanan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar disiasat ekoran keterlibatan dalam isu pengeluaran permit pekerja asing.

“Apa kesudahannya tidak diketahui, tetapi Sivakumar telah memecat 5 pegawainya ini sebelum dirinya sendiri dipecat oleh Perdana Menteri dalam rombakan kabinet. Jadi, saya terkejut kenapa beliau (Razlan) terkejut,” ujarnya.

Ahmad Fadhli juga secara sinis menyatakan, pemimpin Umno itu sepatutnya tidak terkejut kerana siasatan SPRM adalah perkara biasa terutama menjelang pilihan raya, di mana dalam kes ini, akan berlangsungnya PRK Kuala Kubu Bharu.

Sindirnya, bukanlah kerana pilihan raya SPRM menyiasat, tetapi hanyalah kebetulan sahaja sepertimana kebetulan ketika hampir PRN enam negeri tahun lalu, para pegawai Menteri Besar Kedah disiasat SPRM.

“Kemudiannya, Perikatan Nasional menang besar di Kedah. Jadi, tidak perlulah terkejut. Ia hanya siasatan. Benar salah belum tentu lagi, bahkan jika pun didapati ada kes dan diperintah bela diri, masih belum tentu bersalah.

“Ada kawan saya, terus bertuah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya ditarik balik kes walaupun sudah diperintah bela diri. Jadi, tak perlu terkejut. Simpanlah terkejut itu untuk perkara lain,” ujarnya.

Dah ada dalil dari si fadhli. Kira pas saing2 parti lain jugak lah bab sakau menyakau ning.
 
Siasatan Terhadap 5 Individu Termasuk Anak MB Perlis Turut Babitkan Bekalan Air Tidak Wujud

26.04.2024 - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemalsuan dokumen untuk membuat tuntutan palsu oleh lima individu termasuk seorang anak kepada Menteri Besar Perlis turut membabitkan dakwaan mengenai penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini. Dokumen arahan pembayaran mengenainya juga tular di media sosial ketika ini.

Berdasarkan dokumen arahan pembayaran kepada bertarikh 19 Februari tahun ini, ia membabitkan bayaran berjumlah RM19,505.10 dan difahamkan tiada sebarang air minuman yang dibekalkan kepada Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail seperti mana butiran dokumen berkenaan. Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, siasatan masih terus dijalankan dalam pelbagai aspek termasuk dakwaan yang tular di media sosial itu.

"Ya siasatan juga turut merangkumi dakwaan yang sedang tular di media sosial pada waktu ini berhubung hal berkenaan (penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis)," katanya ringkas.

Dalam masa yang sama, Azmi turut mengesahkan bahawa kesemua suspek yang berusia 27 hingga 37 yang direman selama dua hari sebelum ini bagi membantu siasatan berkenaan sudah dibebaskan hari ini.

"Kita mengesahkan bahawa kelima suspek yang ditahan itu sudah dibebaskan dengan wang jaminan dikenakan sebanyak RM10,000 setiap seorang. Mereka dibebaskan pada 11 pagi hari ini di Pejabat SPRM Perlis di Kangar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, peguam kepada kesemua suspek dalam kes berkenaan, Mohd Fadhly Yaacob ketika ditemui di pekarangan bangunan Persekutuan Perlis yang menempatkan Pejabat SPRM Perlis itu berkata, pihak SPRM bebas untuk memanggil semula anak guamnya untuk melengkapkan siasatan sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian tanpa perlu melakukan penahanan reman.

"Sekiranya terdapat keperluan untuk memanggil semula kesemua anak guam saya untuk hadir memberi keterangan berhubung siasatan itu, maka mereka akan hadir. Dari hari pertama lagi (ketika anak guam ditahan), saya sudah nyatakan kepada SPRM bahawa sekiranya mereka memerlukan anak guam saya untuk beri keterangan, beritahu sahaja pada mereka dan mereka akan hadir tanpa perlu direman atau ditahan pun," katanya.

Semalam, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli terbuka untuk anaknya yang disiasat SPRM Putrajaya berkaitan pemalsuan dokumen untuk tuntutan palsu berjumlah RM600,000 menerima hukuman seandainya terbukti bersalah dalam hal berkenaan. Pada Rabu lalu, enam lelaki termasuk seorang anak kepada Menteri Besar Perlis dan pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar Perlis direman bai membantu siasatan kes berkenaan yang membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaikpulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 di mana menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.
1714117432329.png
 
bawah 50k punya bayaran tak perlu rujuk bahagian perolehan utk bayaran, tak perlu sampai level anak menteri. Ini jenis bayaran purchase order biasa je.

kalau payment lebih 50k dan keatas kene rujuk dengan JKPAK kalau nak cepat or Jadi KPI menteri baru la kene guna kabel. Sbb ada jadual bayarn dalam kontrak nak kene ikut. mana blh suka2 nak bayar cam gitu ajer. Payment tu melibatkan perkhidmatan or penyediaan aset jabatan.
 
Screenshot-1391.png

payment amaun 600K nak langgar cam tu je :ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO: nak bayar tak ada dokumen bayaran or keje tak buat

Boss besau tanya dalam mesyuarat JKPAK "tanya ha tu projek XXXX baki peruntukan tinggal baper % payment progress dah sampai mana'? Tiba-tiba pegawai yg uruskan bayaran 600k dah bayar tanpa kerja di buat. boss tgh mkn karipap tersembur bersama air kopi kat muka pegawai projek / pilot projek.

yang kene kitai dgn SPRM pegawai yg sahkan bayaran sbb tak semak bayaran dan kerja dah buat ke belum sbb endorsemnet utk suruh bayar tu datang dari pgawai projek / pilot projek
 
Last edited:

SPRM siasat anak MB Perlis: Tidak perlu terkejut​

IMG-20240425-WA0045-696x432.jpg

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas pentadbiran kerajaan adalah perkara yang tidak perlu ‘diterkejutkan’, demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

“Saya terkejut apabila salah seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyatakan bahawa dia terkejut apabila Kerajaan Perlis terkait dengan siasatan SPRM tidak sampai dua tahun Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negeri itu.

“Saya terkejut kenapa beliau boleh terkejut. Jika usia pentadbiran kerajaan menjadi kejutan, maka saya nak ingatkan kepada beberapa fakta,” ujarnya dipercayai merujuk reaksi Ahli MKT Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii kepada perkara itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyenaraikan kes siasatan SPRM, iaitu dua kes yang dijalankan ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 dan gabungan Kerajaan PH-Barisan Nasional (BN) berkuasa masing-masing tidak sampai setahun dan dua tahun.

Kes pertama rujuknya, melibatkan Pegawai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang ditahan reman selama empat hari selepas didakwa menerima jam tangan mewah sebagai suapan daripada seorang pemaju ketika Kerajaan PH 1.0 berusia tidak sampai setahun.

Kes kedua kemukanya, ketika kerajaan sama berkuasa tidak sampai 2 tahun, Pegawai Kanan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak.

Penerimaan itu menurut laporan dipetik Ahmad Fadhli, adalah untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya nama pegawai tersebut dapat dikeluarkan daripada status muflis.

Manakala ketika Kerajaan PH-BN mentadbir negara tidak sampai satu tahun imbasnya, Pegawai Kanan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar disiasat ekoran keterlibatan dalam isu pengeluaran permit pekerja asing.

“Apa kesudahannya tidak diketahui, tetapi Sivakumar telah memecat 5 pegawainya ini sebelum dirinya sendiri dipecat oleh Perdana Menteri dalam rombakan kabinet. Jadi, saya terkejut kenapa beliau (Razlan) terkejut,” ujarnya.

Ahmad Fadhli juga secara sinis menyatakan, pemimpin Umno itu sepatutnya tidak terkejut kerana siasatan SPRM adalah perkara biasa terutama menjelang pilihan raya, di mana dalam kes ini, akan berlangsungnya PRK Kuala Kubu Bharu.

Sindirnya, bukanlah kerana pilihan raya SPRM menyiasat, tetapi hanyalah kebetulan sahaja sepertimana kebetulan ketika hampir PRN enam negeri tahun lalu, para pegawai Menteri Besar Kedah disiasat SPRM.

“Kemudiannya, Perikatan Nasional menang besar di Kedah. Jadi, tidak perlulah terkejut. Ia hanya siasatan. Benar salah belum tentu lagi, bahkan jika pun didapati ada kes dan diperintah bela diri, masih belum tentu bersalah.

“Ada kawan saya, terus bertuah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya ditarik balik kes walaupun sudah diperintah bela diri. Jadi, tak perlu terkejut. Simpanlah terkejut itu untuk perkara lain,” ujarnya.

Karut dah si Fadhli ni......orang fokus pasal keabsahan kesalahan tatalaku.....dia kona baring ke lain.......kalau tak boleh nak cegah kemungkaran, lebih baik diam......

Geng-geng macam ni lah Parti Pembina Negara kena lawan.......imej 'soleh', tapi perbuatan 'salah'.
 
apa yg nk disampaikan perihal "terkejut", yang lain2 tu dia pun x tahu apa yg berlaku..

masih dlm kes siasatan.. klo berlaku salah laku sekalipun.. anak MB belum tentu salah..

so xde pe yg boleh dibincangkan mengenai "keabsahan"
 
Bukan senang SPRM nak gari orang.
 
Bukan senang SPRM nak gari orang.
Keabsahan ikut definisi undang2 kt bila ada pendakwaan dn prima fasi.....br boleh di katakan bersalah....klau sekadar tangkapan dn dlm siasatan blum lg
 
Back
Top
Log in Register