BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Spotlight filem terbaik di Anugerah Academy

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,504
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,504
Reaction score
38,198
Points
2,836
Spotlightad.transformed.jpg

LOS ANGELES: Spotlight, karya yang mengangkat kisah akhbar Boston Globe mendedahkan kisah penderaan seksual oleh paderi Katolik sejak berdekad lama diumumkan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Academy ke-88 yang berlangsung di sini, sebentar tadi

Filem itu turut memenangi Oscar dalam kategori Lakon Layar (Asal) Terbaik

Sementara itu, aktor terkenal, Leonardo DiCaprio, memenangi trofi pertamanya pada Anugerah Academy apabila diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik hasil lakonan beliau dalam filem The Revenant

Brie Larson pula menang aktres terbaik atas peranannya sebagai wanita muda yang dikurung selama bertahun-tahun bersama seorang anak lelaki dalam filem thriller penuh emosi, 'Room'
 
Filem Mad Max : Fury Road sapu enam trofi

01oscar03.transformed.jpg


01oscar01.transformed.jpg


01oscar02.transformed.jpg


01oscar04.transformed.jpg


01oscar05.transformed.jpg

LOS ANGELES: Filem apokalips, Mad Max: Fury Road meraih enam trofi Oscar daripada sembilan pencalonan yang diterima di Anugerah Academy ke-88 yang berlangsung di Dolby Theatre Hollywood, hari ini

Kategori dimenangi filem yang menggunakan bajet RM500 juta itu adalah Kostum, Rekaan & Produksi, Dandanan Rambut & Solekan, Suntingan Bunyi, Adunan Bunyi serta Suntingan Filem Terbaik
 
Alicia Vikander menang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

01vikaner.transformed.jpg

LOS ANGELES: Pelakon berdarah Sweden, Alicia Vikander, 27, meraih gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Academy ke-88 menerusi lakonan mantapnya dalam The Danish Girls

Bintang yang sebelum ini membawa pulang trofi di beberapa acara anugerah lain termasuk Golden Globe dan BAFTA musim ini mengenepikan Jennifer Jason Leigh (The Hateful Eight), Rooney Mara (Carol), Rachel McAdams (Spotlight) dan Kate Winslet (Steve Jobs)
 
Back
Top
Log in Register