BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua karya kongsi anugerah utama, Nabila Huda Pelakon Pembantu Terbaik

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
nabila-huda.jpeg

MENYIFATKAN diri masih hijau dalam dunia pementasan teater, Nabila tidak menyangka dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di BOH Cameronian Arts Awards ke-21 (21BCAA), malam tadi.- SADDAM YUSOFF

Dua karya kongsi anugerah utama, Nabila Huda Pelakon Pembantu Terbaik KUALA LUMPUR – Pentas seni tempatan bergema penuh prestij apabila dua produksi, Fragments of Tuah terbitan Five Arts dan Setanggi Tari Melayu 2025: Quintessential Malay Day oleh ASK Dance Company dinobatkan sebagai pemenang utama kategori Presentation of Best of 2025, BOH Cameronian Arts Awards ke-21 (21BCAA), malam tadi.

Kemenangan tersebut menewaskan empat karya lain iaitu A Salute to Cinema oleh Tutan Entertainment, Animal Farm (Pentas Project & W Productions), TEWAS: No Light at the End of the Tunnel (JDEV Studios) serta Visits terbitan Dramalab menampilkan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Nadia Aqilah dan Sofia Jane.

Meskipun Visits tidak meraih kemenangan utama, pelakonnya Nabila Huda tetap mencuri tumpuan apabila membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Terbaik bagi kategori teater muzikal (Masmoona) menundukkan calon lain seperti Cheryl Lee, Kayrol Marknannn, Kimberly Chan, Nabil Zahan dan Wee Shyre May.

“Sejujurnya saya memang tidak sangka. Saya masih baru dalam dunia teater dan sangat menghormati mereka. Setiap kali bersama, saya kagum dengan bakat mereka.

“Saya selalu rasa diri ini kecil kerana kemampuan mereka menyanyi dan menari jauh lebih hebat. Bila lihat senarai pencalonan tadi, saya rasa persembahan saya sangat jauh ketinggalan.

“Apabila nama diumumkan, saya masih tertanya-tanya, layakkah saya memegang anugerah ini? Namun mungkin penilaian juri berbeza. Apa pun, saya sangat bersyukur,” katanya kepada Kosmo! Online.

Malam gemilang tersebut berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, menyatukan komuniti seni persembahan tanah air dalam meraikan kecemerlangan sepanjang tahun lalu.

Dipersembahkan BOH Plantations dan Kakiseni, edisi ke-21 membawa tema COLLABeyond: Co-create the Future, menggambarkan landskap seni moden semakin berkembang melalui kolaborasi merentas disiplin, budaya serta teknologi.

Sebanyak 44 produksi dicalonkan merangkumi 10 kategori tarian, lapan teater muzikal, sembilan muzik dan 17 teater, sekali gus membuktikan kepelbagaian serta kematangan industri seni persembahan tempatan.

Anugerah tersebut bukan hanya meraikan kemenangan, malah menjadi cerminan perubahan landskap kreatif negara apabila penggiat seni semakin berani meneroka gabungan seni tradisional dan teknologi moden. – KOSMO! ONLINE
==============================
Haisy, gigih betul Nabila Huda ni. Lepas menang tu sempat pulak dia upload IG story suka2 share detik dia menang. Tapi still, malas2 nak follow cara dia raikan, macam over pulak kadang2. 😅

 
Back
Top
Log in Register