BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Tuhan anugerahkan anak luar biasa, guru terbaik dalam hidup’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Tuhan anugerahkan anak luar biasa, guru terbaik dalam hidup’​

CATRIONA-ROSE-2.jpeg

MENURUT Catriona, pengalaman membesarkan anak autisme membuka ruang untuk memahami erti kesabaran, kasih sayang serta kekuatan luar biasa sebagai seorang ibu.

‘Tuhan anugerahkan anak luar biasa, guru terbaik dalam hidup’ PETALING JAYA – Pelakon Catriona Ross menyifatkan kehadiran anak istimewanya sebagai anugerah paling bermakna dalam hidup, malah menjadi ‘guru’ sebenar dalam membentuk dirinya menjadi insan lebih baik.

Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 45, berkata pengalaman membesarkan anak autisme membuka ruang untuk memahami erti kesabaran, kasih sayang serta kekuatan luar biasa sebagai seorang ibu.

“Tuhan menganugerahkan seorang anak luar biasa dan tanpa sedar dia menjadi guru terbaik dalam hidup saya.

“Melaluinya, saya belajar tentang kesabaran, kebaikan, kekuatan serta kasih sayang tanpa batas,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Primadona Makyung Bedah itu, setiap hari dilalui bersama anaknya penuh dengan pelajaran baharu, sekali gus menjadikan dirinya lebih matang dan menghargai setiap detik kehidupan.

“Setiap hari ada pelajaran baharu dan setiap hari juga dia menjadikan saya insan lebih baik daripada semalam.

“Selama-lamanya saya bersyukur kerana menjadi ibumu. ‘Beautifully Autistic’,” ujarnya.

Perkongsian penuh emosi itu mengundang reaksi positif dalam kalangan netizen, terutama ibu bapa yang turut memiliki anak istimewa.

Rata-rata mereka memuji kekuatan serta ketabahan Catriona dalam mendidik anak selain menjadikan luahan tersebut sebagai inspirasi.

Tidak kurang juga berkongsi pengalaman sendiri membesarkan anak autisme serta menzahirkan sokongan kepada aktres berkenaan.

Untuk rekod, Catriona mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pengarah televisyen, Shaharuddin Mokhtaruddin pada 2009.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sephia Rania, 16, Jammal Raees, 13, dan Edruce Riyadh, 11. – KOSMO! ONLINE

==============================

Best la Cat, anak is so inspiring! Tapi i rasa on IG dia, selalu la jugak share moment dengan kids. Memang mak terbaik lah, tapi adakala tu i rasa macam over sikit jugak kan? 😅 Suka2 je komen!

 
Back
Top
Log in Register