BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Spesifikasi NVIDIA RTX 3060 Ti Di Dedahkan - Hadir Dengan RAM 8GB GDDR6

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Hingga kini NVIDIA masih belum mengeluarkan sebarang maklumat tentang kehadiran kad grafik RTX 3060. Namun, seseorang telah menerbitkan satu pengesahan berkenaan RTX 3060 Ti melalui GPU-Z. Pengesahan itu diterbitkan secara anonymous dan terbuka. Apa yang boleh dilihat, RTX 3060 Ti itu dibuat oleh HP.

Bagi anda yang tidak tahu, Ti adalah satu barisan kad grafik daripada NVIDIA yang paling berkuasa untuk sesuatu kad grafik mereka seperti GTX 1660 Ti dan GTX 1080 Ti. Apa yang penting, spesifikasi bagi kad grafik itu disahkan. Ia akan hadir dengan base clock 1410MHz dan boost clock 1665MHz.

Ia juga dilengkapi RAM 8GB GDDR6 dan memori bus 256-bit serta dijalankan pada kelajuan 14Gbps. Spesifikasi ini kelihatan lebih kurang dengan NVIDIA RTX 3070 dimana kad grafik tersebut akan dilancarkan pada minggu ini.

NVIDIA juga belum mengesahkan sama ada edisi Founders bagi siri RTX 3060 akan dikeluarkan tetapi jenama dari pihak ketiga sudah pasti sedang berusaha untuk keluarkan kad grafik ini.

Screenshot-3108.jpg


GPU-Z-RTX-3060-Ti.png


Sumber asal https://videocardz.com/newz/nvidia-geforce-rtx-3060-ti-specifications-confirmed-by-gpu-z-validation
 
NVIDIA Pertonton Demo Grafik Gabungan GeForce RTX 3060 & Cip MediaTek

NVIDIA pada April lepas sedia mengumumkan akan bekerjasama dengan MediaTek dalam membawa sokongan GPU NVIDIA RTX ke peranti berasaskan ARM. Sokongan ini lebih ditujukan untuk digunakan pada komputer riba – seperti pada Chromebook contohnya. Selari dengannya, hari ini NVIDIA turut mempertontonkan sokongan grafik permainan menggunakannya.

NVIDIA mengatakan demo ini mengabungkan penggunaan GPU GeForce RTX 3060 bersama-sama cip MediaTek Kompanio 1200 berasaskan ARM. Untuk makluman, cip MediaTek Kompanio 1200 ini dijangka menyasarkan Chromebook dengan kuasa pemprosesan tinggi. Melalui demo yang dipertontonkan, ia membolehkan sokongan ray-tracing masa-nyata dan DLSS dinikmati pengguna peranti ARM.

Untuk makluman, NVIDIA sedia dalam proses membeli ARM – dan semestinya sekiranya pembelian tersebut melepasi pelbagai pengesahan pihak berkuasa, kita akan melihat integrasi sokongan grafik berkuasa oleh NVIDIA kepada pengguna peranti mudah-alih.

 
Back
Top
Log in Register