BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sosej dari najis bayi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MADRID - SEPANYOL. Sekumpulan penyelidik Sepanyol yakin sumber probiotik dari najis bayi merupakan bakteria sihat untuk badan.

Ketua penyelidik dari Institut Catalonia Makanan dan Penyelidikan Pertanian Girona, Anna Jofré berkata, bakteria probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium banyak terdapat di dalam sosej dan sebahagian daripada teknik pembuatan paperoni dan salami yang memerlukan kaedah penapaian bakteria.

“Kami mengambil sampel najis 43 bayi sehingga berumur enam bulan. Najis itu digunakan untuk membuat sosej dipanggil ‘fuet’ atau ‘chorizo’” katanya.

Beliau berkata, keputusan daripada kajian itu, kumpulan penyelidik dapat menghasilkan sosej berkualiti tinggi dengan kandungan probiotik terbaik.

“Kami makan dan rasanya lebih enak berbanding sosej biasa,” katanya laporan dipetik dari DailyMail.
 
eeeee....sapale yang sanggup makan ni.
 
dah mcm minuman susu kultur pulok..

mula2 je org geli nk minum..
 
kalau najis baby ok lagi kot. minum susu je pun. lain la najis pak baby, tu kompom den tak sanggup.
 
ler memang yg dok minum air vitagen/yakut sama jek.

sumber sama . bakteria dari tu je la. bukan taik tu
 
walaupun x kotor xde la sampai nak makan
 
Back
Top
Log in Register