BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sombong ker aku ???

Kekadang bermain di kepala aku..apa kesalahan dan sikap aku yang tidak di gemari oleh kawan-kawan dari dulu hingga sekarang!!

Mungkin aku tak perasan atau buat-buat tak perasan???, persoalan ini sentiasa menghantui di benak dan jiwa aku saban hari, aku tak pasti samada benar atau tidak??? RAMAI ORANG CAKAP AKU BONGKAK DAN ANGKUH ???, ohh tuhan apa salah aku? dimana silapnya, apa yang telah aku perkatakan sehingga ramai yang marah dengan aku...sebenarnya aku tak pasti dari segi apa yang orang katakan aku ni sombong dan bongkak, aku sentiasa memohon limpah kurnia dari Allah , berilah petunjuk pada aku mengenali diri aku sendiri..:">

Adakalanya bila berbicara dengan kawan-kawan aku sering mengutarakan sesuatu ideal yang aku anggap bernas dan pertikaikan idea mereka...dari situ juga mereka benci pada aku, adakalanya orang memperkatakan pada aku pasal sikap diriku dan aku cuba mempertahankannya maka dari situ juga aku dikatakan angkuh... susah susah.. aku benar-benar keliru..

Aku juga seorang bisnesman samada online atau offline dan menjual pelbagai-bagai produk termasuk Laptop dan kelengkapan.. aku jual kat rumah , ramai orang datang beli, ini juga tidak disenangi oleh jiran tetangga dan ada yang tak bertegur sapa dengan aku.. pening kepala aku mengkaji apa silap dan salah aku..

Aku sering berkunjung ke rumah kawan-kawan namun mereka jarang berkunjung ke rumah aku...kenapa aku tak pasti??? aku sedang mencari apa kesombongan dan keangkuhan dalam diri aku yang ada sebenarnya... adakah dari tutur bicara aku, atau dari apa harta benda yang aku ada..atau apa-apa saja...yang memang aku tak pasti...

Tolonglah bantu aku...aku tak nak berterusan begini..aku terlalu sedih ...:(:(

die jeles kot ko mcm dalam avatar tu.wane biru
 
ataupun langkah yg bijak TT bleh berjumpa dgn kaunselor..
tapi rakyat cg ni pun bnyk kaunselor gak..
kne pggl otai masuk nih..
 
Kalau TT dah kahwin..cuba tanya pasangan....Kalau ada anak...cuba tanya anak... mana ler tahu dapat jawapa yang tulus....​

Anak dan bini aku memang kata aku ni seorang yang garang..tapi aku lakukan semua sebagai tanggungjawab ketua keluarga..adakah aku bersalah bersikap begini....bantu lah aku:)cgrock
 
Anak dan bini aku memang kata aku ni seorang yang garang..tapi aku lakukan semua sebagai tanggungjawab ketua keluarga..adakah aku bersalah bersikap begini....bantu lah aku:)cgrock
bg aku salah...jgn marah yea..
 
ataupun langkah yg bijak TT bleh berjumpa dgn kaunselor..
tapi rakyat cg ni pun bnyk kaunselor gak..
kne pggl otai masuk nih..

Memang ada saranan dari kawan kawan suruh aku jumpa pakar jiwa..tapi aku takut nanti orang kata aku gila plak:)cgrock
 
Alhamdulillah..terima kasih atas nasihat tuan....saya akan cuba berusaha..semoga allah memberkati saya....namun saya kini sudah dihantui satu perasaan malu untuk mendekati masyarakat sekitar kerana takut akan di sisihkan ....:)cgrock

Jangan malu tuan tanah ... mulakan langkah di masjid/surau dauhlu ..and other things will come gradually ... dont worry
u have nothing to lose anyway ..:)
 
bg aku salah...jgn marah yea..

Terima kasih..aku akan cuba berlembut dengan mereka mulai sekarang...dan aku hanya akan mendiamkan diri jika mereka menimbulkan kemarahan aku..aku nak berubah:)cgrock
 
Terima kasih..aku akan cuba berlembut dengan mereka mulai sekarang...dan aku hanya akan mendiamkan diri jika mereka menimbulkan kemarahan aku..aku nak berubah:)cgrock

la ko panas baran rupenye.berubah la pelan2.kalau ade masalah kongsi bersama,xpun ko pi kaunseling atau AKPK tu
 
Jangan malu tuan tanah ... mulakan langkah di masjid/surau dauhlu ..and other things will come gradually ... dont worry
u have nothing to lose anyway ..:)

Terima kasih Tuan..segala nasihat tuan akan saya ikuti buat panduan ..semoga Allah memberkati saya...dan saya nak beransur dulu tuan..ada masa dan kelapangan saya masuk lagi malam ini ..terima Tuan dan terima kasih buat sahabat CG yang telah sedikit sebanyak menenangkan fikiran saya....Salam:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register