BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat Jamak Qasar

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131

Panduan Solat Qasar Dan Jama'


Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)​

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1. Solat Jama’ Taqdim

i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)












 
ini salah satu konsep dakwah . terima kasih kepada yg post maklumat di atas
 
bagus TT post tajuk cenggini ...

byk org masih xtau dan konpius dgn konsep jama' qasar ni

however , sy dah pun amalkan ini sejak kecil lagi (bimbingan emak)

alhmdllh ... Allah dah bagi rukhsah utk musafir , gunakanlah sebaiknye .. tp jgn salahgunakan bagi yg xberkenaan ..
 
king diamond...kalau ada kemusykilan,boleh tny anta ker../??
 
maknanya gini....

jika kita sembahyang jamak qasar contoh asar dihimpunkan dalam waktu ianya mesti dibaca gini...

solat zohor
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

beri salam... pastu bangun dan niat
solat asar yang dihimpunkan dalam waktu zohor
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

so betul tak kengkawan semua...
 
bagus TT post tajuk cenggini ...

byk org masih xtau dan konpius dgn konsep jama' qasar ni

however , sy dah pun amalkan ini sejak kecil lagi (bimbingan emak)

alhmdllh ... Allah dah bagi rukhsah utk musafir , gunakanlah sebaiknye .. tp jgn salahgunakan bagi yg xberkenaan ..

aku pun masih lemah dalam agama ... solat qasar ni ... pun tak pandai nak buat lagi ... sedih nyer
 
king diamond...kalau ada kemusykilan,boleh tny anta ker../??

ajukan je persoalan kerna rboleh kita membincangkan di sini dan dalam masa yang sama mencari juga rujukan di luar sana :)

:)cgrock



bagus bro tajuk tentang ni :)


untuk makluman semua ada jugak di antara kita berpendapat buat apa nak solat jamak qasar lagi sebab dah banyak rnr :D

baiklah, kita kena faham. jamaq qasar ni ALLAH kurniakan kepada kita sebagai rukhsah.


contoh macam kita sesama manusia ni bagi peluang tapi tak nak rebut.


wallahu a'lam...

:)


:)cgrock
 
king diamond...kalau ada kemusykilan,boleh tny anta ker../??

musykil mengenai solat jamak qasar ker? janganlah antum musykil teruk2 sangat, nanti ana pun naik musykil sekali :))
 
Back
Top
Log in Register