BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat hajat, doa selamat Syed Saddiq bertukar lokasi ke PJ

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Solat hajat, doa selamat Syed Saddiq bertukar lokasi ke PJ​

WhatsApp-Image-2026-04-04-at-19.04.44-e1775319357913.jpeg

Syed Saddiq dan Bella Astillah.

"Solat hajat, doa selamat Syed Saddiq bertukar lokasi ke PJ" PETALING JAYA – Solat hajat untuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bakal diadakan esok ditukar ke lokasi baharu berikutan beberapa isu teknikal membabitkan kemudahan dan kapasiti tempat.

Penganjur, TeamSaddiq menerusi satu hebahan media memaklumkan, keputusan mengubah majlis terbabit dari lokasi asal di sebuah masjid di Kelana Jaya ke Dewan Sri Penang Madrasatul Zubaidah Petaling Jaya adalah bagi keselesaan orang ramai.

“Atas sebab teknikal melibatkan isu kemudahan dan saiz dewan, majlis doa selamat akan berpindah ke lokasi baharu yang juga berada dalam kawasan sekitar Petaling Jaya,” tulis kenyataan di platform Threads.

Pada hantaran sama, penganjur berharap orang ramai maklum dengan pertukaran lokasi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan pada hari majlis.

Terdahulu, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjemput orang ramai menunaikan solat hajat, esok bagi mendoakan prosiding keputusan rayuan akhir kes mahkamah melibatkan tunangnya itu pada 30 Jun depan berjalan lancar.

Begitupun, pihak pengurusan masjid memaklumkan tidak meluluskan penganjuran majlis solat hajat dan doa selamat itu.

Kosmo! Online melaporkan pengurusan masjid berkenaan berpegang dengan prinsip bahawa institusi berkenaan bebas daripada sebarang agenda politik.

Malah, katanya pihak berkenaan juga sudah memaklumkan kepada pengurusan Bella Astilla mengenai ketidaklulusan berkenaan. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaaa, tukar lokasi lagi! Pening laa org nk pergi... Bella, tenang2 je, harap semuanya dipermudahkan. Syed Saddiq ni penuh drama, asyik ada je isu huhu. 😆

 
14258419642809229-406727.jpg

14258419642809229-406728.jpg


Masjid tidak lulus majlis solat hajat Syed Saddiq

PETALING JAYA – Pihak pengurusan Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya memaklumkan tidak meluluskan penganjuran majlis solat hajat dan doa selamat untuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang dijadualkan pada esok.

Wakil pengurusan masjid berkenaan menegaskan, ia selaras dengan prinsip bahawa institusi berkenaan adalah bebas daripada sebarang agenda politik.

“Pihak pengurusan masjid ingin menegaskan bahawa masjid ini tidak terlibat dan tidak bersekutu dengan mana-mana parti atau individu ahli politik dalam sebarang penganjuran program masjid.

“Sebarang agenda bersifat politik memang tidak dibenarkan sama sekali. Segala program anjuran pihak masjid adalah berteraskan agenda dakwah, ibadat, pendidikan dan kewajipan masyarakat semata-mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Bagaimanapun, wakil masjid berkenaan memberitahu bahawa pihak pengurusan Bella Astilla telah pun dimaklumkan mengenai ketidaklulusan berkenaan.

“Kami telah pun menghubungi pihak pengurusan Bella Astillah bahawa masjid tidak memberi keizinan dan mereka pun telah batalkan (majlis).

“Cuma mungkin bahagian publisiti pengurusan mereka belum membuat hebahan,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, pelakon Bella Astillah mengajak orang ramai menunaikan solat hajat, esok bagi mendoakan prosiding keputusan rayuan akhir kes mahkamah melibatkan Syed Saddiq yang akan berlangsung pada 30 Jun depan berjalan lancar.

Bella Astillah berkata, dia berbesar hati menjemput orang ramai untuk sama-sama menjayakan majlis berkenaan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra di Kelana Jaya.

“Kepada yang bukan muslim pun boleh datang juga selepas pukul 8.30 malam.

“Kepada yang akan hadir, datang pada pukul 7 malam, boleh solat maghrib bersama-sama, insya-Allah,” katanya dalam sebuah hantaran video. – KOSMO! ONLINE

Artikel ➡️ KOSMO
 
Back
Top
Log in Register