BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat atas jalan..boleh ke?

Jika membahayakan nyawa
Jatuh kategori haram

Marilah kita ikut nasihat mufti kita
Kerana nabi pun ckp “agama itu nasihat”
Nasihat yg baik, kita patut ikut

nanti kalu da kene langgor
Kita salahkan pemandu mabuk plak :D

ABDUL Rahman Osman. FOTO arkib NSTP

ABDUL Rahman Osman. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan
[email protected]

"MELAKUKAN sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat."

Demikian komen Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung tindakan pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan di Kilometer 32, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) akibat kesesakan lalu lintas ketika pulang ke kampung bagi sambutan Aidiladha.
Abdul Rahman berkata, solat adalah perkara wajib dilakukan umat Islam bagaimanapun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.

"Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).
"Begitu juga dalam situasi ini, jika membahayakan nyawa hukumnya adalah haram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.

"Mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan benda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya lain.
"Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing," katanya.

Katanya, itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan solat.
Hari ini, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad (ANIH) menggesa orang ramai tidak menunaikan ibadah solat di lorong kecemasan lebuh raya atas faktor keselamatan.

ANIH dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya bimbang jika dibiarkan keadaan itu berterusan menyebabkan penunggang motosikal dan kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu sedang menunaikan solatdi lorong kecemasan.
Sebelum ini tular dua wanita bertelekung dilihat menunaikan solat di tepi lebuh raya dipercayai berhampiran Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Kita kene jaga nama baik agama kita
Mufti bg hukum dia tu belajau agama tinggi2
Kita jawi pun tak lepas lg
Elok kita ikut..jgn di lawan
Nanti masuk kategor INGKAR atau dlm bahasa arab nya ‘kafir’
 
Pendapat dia
...............

SOLAT ATAS JALAN.

1. Ini adalah pendapat peribadi saya berkaitan isu kontroversi sehari dua ini berkaitan dengan gambar tular yg memaparkan beberapa individu yang solat di atas lebuhraya di lorong kecemasan.

2. Hukum asalnya adalah dilarang solat fardhu di atas kenderaan berdasarkan hadis 'Amir bin Rabi'ah:

Mafhumnya, "Aku pernah melihat Rasulullah SAW dalam keadaan baginda sedang berada di atas haiwan tunggangan, baginda bertasbih dengan mengisyaratkan kepala baginda mengadap ke arah mana haiwan itu mengadap. Dan tidaklah baginda melakukan perkara sedemikian di dalam solat fardhu.

Riwayat Bukhari.

3. Imam Ibnu Hajar memetik pendapat Ibnu Batthal dalam masalah ini yang menyatakan: ‘’Para ulama telah ijma’ akan pensyaratan hal ini (turun dari haiwan tunggangan) dan sesungguhnya tidak boleh bagi seseorang itu untuk menunaikan solat fardhu di atas haiwan tunggangan tanpa ada sebarang keuzuran’’.

4. Ini menunjukkan bahawa tidak dibenarkan bagi sesiapa pun untuk sengaja memilih bagi menunaikan solat fardhu di atas kenderaan kecuali dia tiada pilihan. Maksudnya, setiap individu yang menggunakan kenderaan sama ada untuk urusan harian, perjalanan jauh dan sebagainya wajib merancang perjalanannya agar dia boleh menunaikan solat secara sempurna di tempat yang sesuai dan bukannya di atas kenderaan.

5. Namun begitu, sebaik mana pun kita merancang perjalanan kita, kita tidak akan terlepas daripada masalah luar jangka seperti kesesakan lalu lintas yang luar biasa dan sebagainya. Maka timbul persoalan adakah dibenarkan untuk kita solat di lebuh raya?

6. Saya berpendapat, laluan kecemasan di lebuh raya tidak sesuai untuk kita tunaikan solat atas beberapa faktor. Pertama, ia adalah laluan motosikal. Maka perbuatan kita solat di situ menyebabkan gangguan dan bahaya bukan sahaja kepada diri kita yang solat, malah kepada penunggang motosikal. Kedua, ia adalah laluan kecemasan bagi kegunaan polis, ambulan dan kenderaan lain yang seumpamanya. Ini akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan risiko. Pemegang Konsesi LPT1 juga dalam kenyataan medianya telah meminta kerjasama orang ramai agar tidak solat di lorong kecemasan kerana ia mengundang bahaya.

7. Bukan itu sahaja, malah tokoh besar Mazhab Syafie seperti Imam Nawawi juga melarang solat di atas jalan:

"Jangan solat di jalan awam kerana hadis riwayat daripada Umar menyebut bahawa ada tujuh tempat yang dilarang melakukan solat, salah satunya adalah jalan awam. Solat di jalan awam dilarang kerana ia menghalang jalan orang lain dan kekhusyukan solat terganggu disebabkan oleh orang lalulalang. Walaupun demikian, solat yang dilakukan di jalan awam tetap sah, kerana larangan ini disebabkan oleh hilangnya kekhusyukan dan menganggu jalan orang lain. Kedua perkara ini tidak memberi implikasi kepada batalnya solat”.

8. Justeru, apakah pilihan yang ada pada pengguna jalan raya jika mereka berhadapan dengan situasi yang luar jangka ini? Sebenarnya mereka ada beberapa pilihan berdasarkan kepada beberapa mazhab yang ada.

9. Di sisi Mazhab Syafie, hendaklah individu terlibat solat "hormat waktu". Istilah ini digunakan oleh para ulama besar dalam Mazhab Syafie. Solat ini dilakukan sekadar kemampuan yang ada. Contohnya apabila kita memandu dan duduk di kerusi kereta. Maka kita akan solat tanpa wuduk / tayammum, tanpa berdiri, tanpa rukuk dan sujud. Perlakuan rukuk dan sujud hanya menggunakan isyarat / pergerakan kepala sahaja. Apabila kita sampai di destinasi atau tempat yang sesuai, maka kita qadha / ganti solat yang telah luput itu.

10. Pilihan kedua ialah Mazhab Hanbali. Para ulama Hanabilah mewajibkan solat pada waktunya dengan sekadar yang mampu. Maka kita solat di dalam kereta, tanpa bersuci, tanpa berdiri, tanpa rukuk dan sujud yang sempurna. Rukuk dan sujud hanya menggunakan isyarat atau gerakan kepala sahaja. Ulama mazhab Hanbali tidak mewajibkan qadha. Maka memadai dengan solat di dalam kenderaan tersebut kerana ia dihukum darurat.

11. Dalam Mazhab Hanafi terdapat khilaf di kalangan fuqaha mereka. Pendapat yang masyhur mengatakan tidak wajib solat pada ketika kejadian, maksudnya kita tidak wajib solat ketika itu. Tetapi wajib qadha. Manakala pendapat kedua dalam mazhab Hanafi adalah sama seperti mazhab Syafie, iaitu wajib solat ketika kejadian dan wajib qadha kemudiannya.

12. Mazhab Maliki juga terdapat khilaf di kalangan fuqaha mereka. Imam Malik umpamanya dalam salah satu daripada pendapatnya mengatakan bahawa tidak wajib solat pada waktu kejadian dan tidak wajib qadha. Alasan Imam Malik ialah suci dari hadas adalah syarat wajib solat. Oleh kerana individu terlibat tidak dapat bersuci kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya maka dia tidak wajib solat. Disebabkan dia tidak wajib solat, maka dengan alasan yang sama tiada kewajipan ke atasnya untuk ganti solat tersebut.

13. Pandangan peribadi saya, ulama telah berijtihad dengan ilmu yang luas dan taqwa mereka kepada Allah SWT. Maka hendaklah kita memanfaatkan ijtihad para ulama sebaik yang mungkin dan janganlah kita membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
Pulau Pinang
2/8/20
 
aku pon rasa x setuju la sembahyang kt tepi highway mcm ni... bayangkan ada lori ilang kawalan/ pemandu mabok/ pemandu mengantuk pi sodok semua orang2 yg tengah sembahyang... apakah tanggapan org bukan islam pada agama islam nanti?

klu pemandu mabok pi sodok = tanggapan org islam pada undang2 / tangapan bukan islam pada agama islam / peguam suspek nak buat cerita senang je
 
Kat pasar pasar,tempat najis,laluan orang dilarang.

Laluan emergency,tapi perempuan memang degil sgn fahaman dia.Solat kat masjid pun diorang buat hal.Kalau tak faham tanya,tapi diorang lagi suka,istinbad hukum ikut akal masa nak berijtihad.(n):unsure:
 
Jika membahayakan nyawa
Jatuh kategori haram

Marilah kita ikut nasihat mufti kita
Kerana nabi pun ckp “agama itu nasihat”
Nasihat yg baik, kita patut ikut

nanti kalu da kene langgor
Kita salahkan pemandu mabuk plak :D

ABDUL Rahman Osman. FOTO arkib NSTP

ABDUL Rahman Osman. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan
[email protected]

"MELAKUKAN sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat."

Demikian komen Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung tindakan pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan di Kilometer 32, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) akibat kesesakan lalu lintas ketika pulang ke kampung bagi sambutan Aidiladha.
Abdul Rahman berkata, solat adalah perkara wajib dilakukan umat Islam bagaimanapun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.

"Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).
"Begitu juga dalam situasi ini, jika membahayakan nyawa hukumnya adalah haram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.

"Mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan benda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya lain.
"Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing," katanya.

Katanya, itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan solat.
Hari ini, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad (ANIH) menggesa orang ramai tidak menunaikan ibadah solat di lorong kecemasan lebuh raya atas faktor keselamatan.

ANIH dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya bimbang jika dibiarkan keadaan itu berterusan menyebabkan penunggang motosikal dan kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu sedang menunaikan solatdi lorong kecemasan.
Sebelum ini tular dua wanita bertelekung dilihat menunaikan solat di tepi lebuh raya dipercayai berhampiran Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Kita kene jaga nama baik agama kita
Mufti bg hukum dia tu belajau agama tinggi2
Kita jawi pun tak lepas lg
Elok kita ikut..jgn di lawan
Nanti masuk kategor INGKAR atau dlm bahasa arab nya ‘kafir’

Ingkar ni ada level dia Bukan la kafir Terus...fasik pun ingkar juga
 
apa beza fasik & kapir bos?
Fasiq Tu org Yang menyaksi Kan( shahadah) tapi dia X melaksana Kan atau tidak mengikut perintah...kapir Tu Bohong la kalau ko X tau...

Cuma Dalam kes ni org Tu xde la sampai kapir sbb dia mengerja Kan solat Tu...fasiq Pon Kita xleh cakap gak ...

Sng citer diorang ni Bodo je la ...
 
ooo ok
Yg sy maksudkan kita jgn INGKAR ckp mufti selepas diberikan nasihat,

1596412991561.jpeg

bukan sy rujuk kapir tu pd org yg semayang tepi jln tu :D

kalau bodo tu mungkin betul
Namanya jahil huhuh
 
kalau rasa kawasan tu selamat untuk solat.. boleh jer solat walaupun tepi jalan... dan kita yakin dilindungi Allah SWT adalah segala galanya, bukan mufti
 
Back
Top
Log in Register