BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat atas jalan..boleh ke?

Bas rosak lah bro...
Bukan saja2 parking bas situ utk bsca yasin.
Ko nk
 
Pengguna lebuh raya KLK diminta jangan solat di lorong kecemasan

2 August 2020

gambar-solat-tepi-jalan-cetus-perdebatan-sesama-netizen-ahli-keluarga-tampil-beri-penjelasan_...jpeg
Baru-baru ini, tular di media sosial foto yang menunjukkan pengguna lebuh raya menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan di Lebuhraya KLK akibat kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kampung halaman bagi sambutan Hari Raya Aidiladha.

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dinasihat agar tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya itu atas faktor keselamatan.

Menurut kenyataan media pemegang konsesi KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad memaklumkan tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan tersebut.

“Kami amat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur pada setiap kali musim perayaan dan cuti umum.
Namun, kami sebagai pengendali Lebuhraya KLK juga ingin memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya agar tidak menunaikan ibadah solat di atas jalan raya iaitu di lorong kecemasan atas faktor keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Anih Berhad berharap pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan dan persinggahan untuk bersolat atau berhenti rehat di hentian rehat dan rawat sepanjang LPT1 dan LKL ketika pulang ke Lembah Klang.
- BERNAMA
 
Masuk darurat bukan sengaja. Subuh sat je nak cari tempat khusyuk habis waktu

Soal keselamatan tengok semua pasang lampu jalan jem kereta tak laju

Kita Ada kaedah solat hormat waktu Dan qada' ...Allah maha kasih Dan maha penyayang...dia tau dia orang Bukan sengaja X solat subuh...tawakkal je
 
boleh jer solat ditepi jalan... jln bukannya tokong atau kuil hinfu punya
 
Bas rosak lah bro...
Bukan saja2 parking bas situ utk bsca yasin.
Ko nk

Aduuuii bro ni
Bas rosak pulakkk
Main sondol aje la :unsure:

Baca balik betul2 news ni
1596356056628.jpeg


 
Kita Ada kaedah solat hormat waktu Dan qada' ...Allah maha kasih Dan maha penyayang...dia tau dia orang Bukan sengaja X solat subuh...tawakkal je

Hormat waktu tu apa?

Maknanya Kalau sakit tak wajib solat sebab otak tak siuman. Tak payah qada solat lepas dia sembuh. Kalau puasa ada Ayat suruh ganti hari lain
 
Hormat waktu tu apa?

Maknanya Kalau sakit tak wajib solat sebab otak tak siuman. Tak payah qada solat lepas dia sembuh. Kalau puasa ada Ayat suruh ganti hari lain

Ko g la dengar ceramah2 ...byk Tu pasal solat hormat waktu Dan qada' solat...ni pergi ke sakit tak siuman ni da kenapa
 
Back
Top
Log in Register