BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sofia Raniya ditemukan selamat

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,252
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,252
Reaction score
1,660
Points
201
Sofia Raniya ditemukan selamat
FB_IMG_1648655507348.jpg
FB_IMG_1648655509512.jpg

Kuala Lumpur: Murid perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Midah 1, Cheras dekat sini, yang dilaporkan hilang pada petang hari ini sudah ditemui malam ini selepas dipercayai tersalah menaiki van sekolah.

Murid perempuan dikenali Sofia Raniya, 8, itu adalah anak ketiga daripada empat beradik.

Ibu kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Ryana menerusi siaran langsung di Facebook mengesahkan anaknya kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya.

"Ada orang jumpa dia di Bandar Tun Razak dan kini ada di IPD Cheras," katanya.

Dia sepatutnya mengambil anaknya pulang sekolah pada 5.50 petang tetapi terlewat disebabkan keadaan lalu lintas yang sesak menyebabkannya tiba pada 6.20 petang.

"Setiba saya di sekolah, anak saya sudah tiada di sekolah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar ketika dihubungi Bernama, malam ini mengesahkannya.

Muhammad Idzam berkata, kanak-kanak itu ditemui di Bandar Tun Razak, Cheras di sini.

Ketika ini, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sedang mengambil keterangan ibu kanak-kanak itu," katanya.

@hmetro.com.my
Gambar PDRM/media sosial
 
Muhaamad Hafis Nawawi

[email protected]
Anggota polis bersama kanak-kanak yang ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang pada petang hari ini. Foto Ihsan PDRM

Ibu kanak-kanak berkenaan, Ryana Mohd Nor, 41, menafikan dakwaan bahawa anaknya tersilap menaiki van sehingga dilaporkan hilang, kerana mereka tidak pernah menggunakan perkhidmatan pengangkutan berkenaan untuk ke sekolah.

"Setiap hari saya atau ahli keluarga yang lain akan menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, kami tidak menggunakan perkhidmatan van," katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Sebaliknya, Ryana mendedahkan anaknya memberitahu dia diminta oleh seorang lelaki untuk menaiki sebuah van, sebelum kemudian meninggalkannya lobi sebuah pangsapuri.

Ryana berkata, beliau menerima panggilan daripada pihak polis pada 9.30 malam tadi, memberitahu anak perempuannya ditemui dalam keadaan selamat.

"Saya difahamkan polis menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di pangsapuri berkenaan, melaporkan mengenai seorang kanak-kanak yang ditinggalkan seorang diri di lobi pangsapuri berkenaan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menghebahkan kehilangan anaknya itu, sehingga berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Last edited:
yang laki tu pun bodoh gak,main sauk je anak org lepas tu tinggalkan kat mana ntah...apa la dalam pala otak dia tu difikirkannya...
 
kecoh smlm taman umah aku pasal budak ni... kene kerah persatuan penduduk pi cari budak ni.. sampai masuk KL aku dgn member... tau2 salah van.. alhamdulillah.. c jauh pun umah dier dgn taman aku.. polis meronda setiap sudut cheras.. padu,. cam dlm muvie
 
Thread 'Sofia Raniya ditemukan selamat'

Siapa lelaki yang bawak van tu?

Mujur tak jadi apa2.

Yang budak tu gi naik buat apa?

base la abam.. budak kecik akal pendek... aku dl pun penah hilang mase darjah 1... naik bas.. sampai ke pudu bawa nye.. sorg2 budak darjah 1 kt tgh KL.. mujur jumpe org2 baik tlg bawa aku.. heheheh
 
Back
Top
Log in Register