BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Penyelam Hilang Di Pulau Redang Ditemukan Selamat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
fc1275e657c2cbf1753c94d90bb368b269b602ffb0ab3

Kredit: PDRM

Dua penyelam lelaki yang sebelum ini dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti itu di Pasir Akar Marine Park, Pulau Redang dekat sini ditemukan dalam keadaan selamat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata Shahimi Zainal Abidin, 30, dan Tan Yan Song, 43, diselamatkan oleh sukarelawan Redang Divers di kawasan berhampiran Pulau Yu, kira-kira 10 batu nautika dari lokasi mereka dilaporkan hilang pada 9.45 malam.

Beliau berkata kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan terapung dan lemah selepas hampir 12 jam berada di laut.

"Shahimi bekerja sebagai dive master di Redang Reef Dive Centre dan Tan, seorang warganegara China, telah dihanyutkan oleh arus laut yang kuat ketika keluar menyelam bersama dengan beberapa lagi rakan pada 10 pagi.

"Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Redang sebelum dipindahkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut... masing-masing dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan dua penyelam dikhuatiri hilang selepas keluar menjalankan aktiviti menyelam di Pulau Redang.

Susulan itu, pihak Polis Diraja Malaysia dan Polis Marin telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula tengah hari.

 
Back
Top
Log in Register