BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SMS Palsu......!!!

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
SMS mengenai penemuan mayat Sharlinie palsu, tegas polis


PETALING JAYA, 25 Jan — Polis hari ini berkata, desas desus kononnya kanak-kanak berusia lima tahun Sharlinie Mohd Nashar telah ditemui mati yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak semalam adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed memberi amaran bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menyebarkan maklumat palsu menggunakan SMS mengenai nasib kanak-kanak itu.

“Hentikan sebarang penyebaran maklumat palsu dan tolong hormati perasaan keluarga Sharlinie,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau mengulas tentang penyebaran maklumat palsu yang diterima orang ramai sejak semalam melalui SMS kononnya Sharlinie menjadi mangsa pemujaan pengamal ilmu hitam dan mayatnya sudah ditemui.

SMS palsu berkenaan disebarkan oleh orang-orang yang tidak diketahui yang mendakwa berita tersebut diperolehi menerusi sumber media tempatan.

Arjunaidi berkata :"Sehingga kini belum menerima sebarang laporan terbaru tentang Sharlinie dan polis masih meneruskan pencarian”.

Katanya, pemeriksaan dari pintu ke pintu masih diteruskan dan sehingga ini lebih 16,000 premis di sekitar Petaling Jaya telah diperiksa.

Sementara itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan rasa kesal terhadap penyebaran berita palsu mengenai Sharlinie dan berharap mereka yang bertangggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

“SMS seperti ini bukan sahaja boleh mengelirukan orang ramai, malah ia akan menganggu emosi keluarga Sharlinie,” kata PPIM dalam kenyataan.

Sharlinie dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan pada 9 Jan lalu.

Minggu lepas, seorang pelajar berusia 16 tahun ditahan reman kerana dipercayai menghantar SMS palsu termasuk menuntut wang ganjaran daripada keluarga Sharlinie.

Selasa lepas, seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 27 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan melakukan ugutan jenayah menggunakan SMS dengan mengancam untuk mendatangkan kegentaran ke atas bapa mangsa, Mohd Nashar Mat Husin sehari selepas kehilangan Sharlinie.
 
ada jugak org mcm nih yg jenis nk ambik kesempatan atas kesusahan org lain...
 
hal cam ni pun nak wat main2..akal tarak ka??:mad:
 
Ni sesaje nak dok kat dlm lokap ke ape...
Tak sensitif lngsung... cisss... :mad:
 
hampeh tol laaa... benda cam nie pun nak wat main.... budusss....
 
pastu ada pulak mamat tu buat klakor pegi bukak thread kata dah meninggal...angin tul..
 
pastu ada pulak mamat tu buat klakor pegi bukak thread kata dah meninggal...angin tul..

Mamak b******g la tu kot...cari publisiti murahan....marah betul aku ni....sabar2:(scam ~X( #:-S :mad:
 
otak tak berapa nak betul depa ni seme...

ada org cakap biasanya SMS yg mcm nie dimulakan oleh TELCO sebab TELCO tahu orgmesti forward kat rakan-rakan so untung banyak dan segera boleh buat dalam sehari dua

:(scam :(scam :(scam
 
zaman sekarang, benda2 camni dah jadi cam mainan je mudah2an budak tu selamat...
 
Back
Top
Log in Register