BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ancaman Bom Di Mid Valley Southkey Palsu - Polis

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Ancaman Bom Di Mid Valley Southkey Palsu - Polis​

ec060bc61d71383b235955adbfe3ad506a7ad1c1c5750

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad

Ancaman bom menerusi e-mel yang menyasarkan sebuah premis perniagaan di The Mall, Mid Valley Southkey di sini malam tadi disahkan palsu selepas pemeriksaan polis tidak menemukan sebarang bahan letupan.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arshad berkata pihaknya menerima maklumat daripada pengurusan pusat beli-belah itu pada 11.31 malam sebelum Unit Pemusnah Bom (UPB) digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata pemeriksaan dilakukan UPB Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan bantuan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di dalam dan luar bangunan.

“Beberapa objek mencurigakan ditemukan dan diperiksa pasukan UPB, namun tidak mengandungi sebarang bahan letupan.

“Tiada sebarang ancaman bom dikesan dan kawasan terbabit disahkan selamat sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ab Rahaman berkata polis memandang serius setiap ancaman berkaitan bahan letupan dan tindakan segera akan diambil bagi menjamin keselamatan orang awam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak disahkan bagi mengelakkan kekeliruan.

– BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register