BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Tumpas Sindiket Fake BTS, Hantar SMS Palsu Di Johor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MCMC Tumpas Sindiket Fake BTS, Hantar SMS Palsu Di Johor​

0098d433fe0f20ac85ab5709ecbf2211689968704ec3a


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menumpaskan sindiket yang menggunakan Stesen Pangkalan Palsu (Fake BTS) untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan berunsur penipuan kepada orang ramai.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan operasi penguatkuasaan di Johor Bahru, Johor pada Jumaat lepas mengesan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun memandu kenderaan dilengkapi kelengkapan Fake BTS.

”Kelengkapan Fake BTS memancarkan isyarat frekuensi radio (RF) yang menyamar sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menghantar SMS penipuan yang mengandungi pautan sesawang bagi memperdaya mangsa.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai menyasarkan kawasan tumpuan awam terutama pada waktu puncak bagi memaksimumkan penghantaran SMS penipuan,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan 16(1)(b), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Seksyen 239 akta itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya manakala Peraturan 16 memperuntukkan denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

MCMC memaklumkan Fake BTS ialah peralatan komunikasi tidak standard yang meniru isyarat rangkaian mudah alih bagi membolehkan penghantaran SMS ke telefon pengguna tanpa melalui rangkaian rasmi penyedia perkhidmatan telekomunikasi, menjadikan mesej penipuan atau penyamaran kelihatan seakan-akan tulen.

Sementara itu, MCMC memaklumkan sebanyak lima operasi khas bagi membanteras kegiatan Fake BTS dijalankan setakat pertengahan tahun ini dengan tiga daripadanya di Genting Highlands, Pahang dan dua di sekitar Johor.

“MCMC akan terus memperhebat operasi bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras penyalahgunaan spektrum frekuensi radio dan infrastruktur telekomunikasi untuk tujuan penipuan dan jenayah,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register