The Room
Legendary Member

- Messages
- 10,966
Top Poster #3
- Joined
- Feb 18, 2018
- Messages
- 10,966
- Reaction score
- 1,292
- Points
- 206
(As Salam Admin. Saya guna nickname kerana tidak mahu orang dapat hint / teka SMK anak saya ini. Jika tidak sesuai diluluskan posting ini, tidak mengapa.)
Saya begitu seronok membaca pengalaman anak-anak dan parents yang berjaya ke asrama. Sepanjang 2 minggu ini banyak kisah menarik, duka dan mencabar dikongsikan oleh anak-anak dan parents.
Saya kumpulan rayuan. Masih menunggu keputusan rayuan pada 6 Februari ini. Saya juga nak kongsikan pengalaman 2 minggu anak saya di SMK. Walaupun ini group asrama, saya harap dapat pandangan dan nasihat daripada parents semua.
Kejutan budaya hidup di persekitaran bukan hanya terjadi kepada anak-anak yang berjaya ke asrama, malah ke SMK. Saya rasa peringkat menengah ini lain cabarannya.
Sepanjang 2 minggu anak saya ke SMK di Lembah Kelang ini, beliau bercerita:
1. Anak hairan kerana ada murid yang kurang ajar dengan cikgu dan murid lain. Bercakap kasar, menyampuk dan memperlekehkan.
2. Nampak murid tingkatan 1 bertumbuk di sekolah. Cikgu leraikan, tetapi dikatakan sambung semula di luar sekolah.
3. Nak masuk pintu pagar SMK ada check setiap murid guna metal detector. Parents agaknya rasa apa bila nampak situasi ini?
4. Jika kes disiplin di asrama katanya buli dan merokok atau vape. Parents senior SMK cerita, hati-hati dengan dadah, hisap gam dan abang kawasan.
5. Taklimat awal oleh pihak sekolah ada menyebut sasaran tahun 2026 ini ialah untuk menurunkan kadar kes disiplin serius. Bukan sasaran 0 kes. Tapi turunkan. Belum lagi kes disiplin kategori lain. Parents rasa?
6. Semasa di SK, majoriti murid adalah Melayu. Boleh dibilang murid bangsa lain. Dan bukan setiap kelas ada. Di SMK, bangsa lain ramai dan hampir seimbang. Cumanya setakat ini tidak mahu bercampur dengan murid lain. Walaupun ada cubaan nak berkawan, tetapi menurut anak saya (mungkin beliau silap), tidak layan atau menyombong. Saya nasihat anak, awal-awal mereka segan agaknya.
6. Faktor ramai dalam sekelas dan bilangan kelas yang banyak tu biasalah bagi majoriti SMK. Tetapi jika guru tidak mencukupi, boleh jadi terjejas juga pembelajaran.
7. Anak sedang cuba mencari kawan-kawan yang minat belajar, belum jumpa lagi. Baru 2 minggu sekolah, sudah ada yang ajak kawan-kawan keluar.
8. Dan cabaran murid senior yang bermotor. Yang tahu, tahulah.
Saya telah memohon asrama, Asrama Malaysia dan bertukar ke SMK di kawasan rumah (jauh sedikit) yang dikatakan bagus. Tetapi semua tidak berjaya.
Saya akur bahawa PKSK itu pemberat utama, ditambah lagi dengan sosioekonomi. Tetapi bagi saya parent yang sedang merayu ini, niat supaya anak masuk asrama bukan lagi semata-mata demi akademik, apatah lagi nak berbangga dengan orang. Biarlah bukan 2nd intake, intake infiniti pun anak dan saya tidak kisah.
Sekiranya rayuan langsung tidak berjaya, apakah nasihat dan pandangan parents hebat dan berpengalaman kepada anak dan saya?
Copy paste