BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SMCV Hospital Pertama Di Asia Tenggara Lancar Sistem Pengurusan Klinikal NORAV

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

SMCV Hospital Pertama Di Asia Tenggara Lancar Sistem Pengurusan Klinikal NORAV​

cdff87189e5d966ab95c89d6860cd3066a72966eaf129

bab6a02221bd53d8eb5c4eebfe45fd226a729653a18dd

665422fdcbafb62dd767f1fac37d07796a72962205162

Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) baru-baru ini melancarkan Sistem Pengurusan Klinikal NORAV Komprehensif, menandakan hospital ini sebagai yang pertama mempunyai sistem ini yang mengintegrasikan enam perkhidmatan diagnostik ke dalam satu platform.

Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) menjadi hospital pertama di Asia Tenggara yang melancarkan Sistem Pengurusan Klinikal NORAV yang komprehensif, sebuah platform digital bersepadu yang direka khas untuk memusatkan maklumat diagnostik, memperkemas aliran kerja klinikal dan menyokong penjagaan perubatan pesakit yang lebih pantas dan selaras.

Dalam kenyataan hari ini, SMCV memaklumkan sistem itu menggabungkan pelbagai perkhidmatan diagnostik ke dalam satu platform yang terhubung, membolehkan petugas penjagaan kesihatan SMCV mengakses maklumat pesakit dan laporan perubatan dengan selamat di mana-mana sahaja di dalam kawasan hospital.

Sistem berkenaan dilancarkan oleh Pengarah Urusan Operasi Hospital dan Penjagaan Kesihatan Sunway Healthcare Group (SHG) Dr Khoo Chow Huat bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif SMCV Susan Cheow, Naib Presiden Jualan Antarabangsa di NORAV Medical Jordan Meshil dan Pengurus Pembangunan Perniagaan di Sun Medical Systems Ravi Kumaran.

Platform Web Sistem Pengurusan ECG Perubatan NORAV (NEMS) mengintegrasikan enam perkhidmatan diagnositk, iaitu elektrokardiogram (ECG), ujian tekanan jantung, ujian fungsi pulmonari (PFT), pemantauan Holter, pemantauan tekanan darah ambulatori (ABPM), dan ujian indeks tekanan buku lali-brachial (ABPI).

“Dengan membawa enam perkhidmatan ini ke dalam satu aliran kerja digital, sistem ini membolehkan maklumat diagnostik disimpan dan dikongsi dengan selamat merentasi jabatan perubatan yang berkaitan dalam masa nyata.

“Perkara ini memberi petugas hospital yang diberi kuasa untuk mengakses maklumat termasuk rekod dan laporan pesakit dengan lebih pantas, serta menyokong interpretasi klinikal, pelaporan dan penyelarasan yang lebih cekap antara pasukan perubatan yang terdiri daripada pelbagai disiplin di SMCV,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Cheow berkata pelancaran Sistem Pengurusan Klinikal NORAV yang menyeluruh ini memperkukuh cara maklumat diagnostik diurus dan dikongsi merentasi SMCV, menyediakan pasukan klinikal akses untuk mendapat maklumat yang lebih tepat pada masanya dan yang diperlukan mereka untuk membuat sesuatu keputusan perubatan.

“Selain itu, sistem ini menyokong pengalaman yang lebih lancar daripada penilaian perubatan kepada rawatan untuk pesakit kami. Akses yang lebih pantas kepada maklumat diagnostik mengurangkan masa menunggu untuk laporan, dan meningkatkan penyelarasan antara petugas perubatan yang terlibat dalam penjagaan mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Dengan menggantikan sistem dan proses manual dengan aliran kerja digital, platform ini mengurangkan beban kerja pentadbiran sambil meningkatkan tahap kecekapan dan capaian kepada maklumat diagnostik. Kebolehcapaian yang dipertingkatkan kepada rekod perubatan semasa dan sebelumnya juga dapat membantu doktor pakar menyemak keputusan dengan lebih cekap.

 
Back
Top
Log in Register