BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IJN Laksana Prosedur "Transradial Renal Denervation" (RDN) Pertama Di Asia Tenggara

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

IJN Laksana Prosedur "Transradial Renal Denervation" (RDN) Pertama Di Asia Tenggara​

27000d76648bfd298069abe3a0af32816a475875efa3f

Kredit: Institut Jantung Negara (IJN)

Institut Jantung Negara (IJN) sekali lagi mencatat sejarah dalam bidang penjagaan kardiovaskular apabila berjaya melaksanakan prosedur transradial renal denervation (RDN) pertama di Asia Tenggara menggunakan Sistem Iberis® RDN.

Sistem Iberis® RDN ialah sistem renal denervation berbilang elektrod, yang direka untuk menyalurkan tenaga frekuensi radio kepada saraf simpatetik renal dan keupayaan akses itu membolehkan prosedur dilakukan melalui arteri radial pada pergelangan tangan, sebagai alternatif kepada kaedah konvensional yang menggunakan arteri femoral di pangkal paha.

IJN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa prosedur bersejarah itu diketuai Pakar Perunding Kanan Kardiologi IJN Datuk Seri Dr Azhari Rosman bersama-sama Pakar Perunding Kardiologi Dr Thum Chan Ho, ke atas seorang pesakit berusia 35 tahun yang menghidap resistant hypertension, iaitu keadaan tekanan darah yang kekal tidak terkawal, walaupun menerima terapi pelbagai ubat pada tahap optimum.

“Renal denervation ialah prosedur invasif minimum, yang menyasarkan saraf pada sekitar arteri renal, yang memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah. Dengan mengurangkan isyarat saraf simpatetik yang terlalu aktif ke buah pinggang, prosedur ini berpotensi membantu menurunkan tekanan darah dalam kalangan pesakit resistant hypertension yang dipilih dengan teliti.

“Berbeza dengan pendekatan femoral konvensional, teknik transradial berpotensi meningkatkan keselesaan pesakit, membolehkan mobilisasi lebih awal serta mengurangkan komplikasi berkaitan akses vaskular bagi pesakit yang sesuai. Sistem ini juga dilengkapi ciri seperti kawalan elektrod secara bebas, pemantauan suhu dan impedans secara berterusan serta mekanisme keselamatan automatik bagi menyokong keselamatan prosedur,” menurut kenyataan itu.

Dr Azhari berkata kejayaan penggunaan pendekatan transradial itu, merupakan satu kemajuan penting dalam terapi  renal denervation bagi pesakit terpilih yang menghidap resistant hypertension.

“Resistant hypertension kekal sebagai keadaan yang kompleks dan memerlukan penilaian yang teliti serta pendekatan rawatan yang diperibadikan. Renal denervation menawarkan satu lagi pilihan rawatan kepada pesakit terpilih yang tekanan darah mereka masih tidak terkawal walaupun telah menerima terapi ubat yang optimum.

“Dengan melaksanakan prosedur melalui arteri radial, kami dapat menawarkan laluan akses yang kurang invasif, sekali gus berpotensi meningkatkan keselesaan pesakit dan membolehkan mobilisasi lebih awal. Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan IJN untuk membawa pilihan rawatan moden berasaskan bukti lebih dekat kepada pesakit yang berpotensi mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib berkata pencapaian itu, mencerminkan komitmen berterusan IJN dalam memperkasakan penjagaan kardiovaskular, khusus menerusi inovasi dan terapi berasaskan bukti.

 
Back
Top
Log in Register