Tahun 2023 ini, jika anda mahu beli TV baharu yang terkini, pastinya tertanya-tanya apa beza antara Smart TV (TV pintar) dan Android TV (akan digantikan dengan Google TV). Sudah tentu, kelebihan kedua-dua ini ialah kemampuannya disambung ke internet berbanding TV biasa.
TV Xiaomi di Wiser yang menggunakan Android TV.
Sebenarnya, tiada apa yang rumit pun tentang perbezaan TV pintar dan Android TV.
Beza Android TV dengan Smart TV
Android TV/Google TV menggunakan sistem operasi Android manakala Smart TV pula menggunakan sistem operasi (OS) sendiri daripada syarikat pembuatnya. Contoh sistem operasi tersebut ialah Tizen OS kalau Samsung, webOS daripada LG, Vidaa OS oleh Hisense.
webOS oleh LG.
Android TV/Google TV menggunakan Android, Smart TV pula menjalankan OS daripada jenama itu sendiri.
Android TV akan diganti dengan Google TV
Untuk makluman, Google TV diperkenal untuk menambah baik Android TV dan ia mempunyai antara muka yang lebih mesra pengguna. Ia boleh dikatakan nama baharu untuk Android TV dan menurut laman bantuan Google TV, ia masih berasaskan Android TV sebagai OS.
Sesetengah TV Sony dan TCL yang asalnya menggunakan Android TV juga kini menggunakan Google TV melalui kemas kini terbaru. Buat masa ini, hanya sesetengah TV baharu daripada Sony, TCL dan beberapa jenama lain hadir dengan Google TV kerana ia masih baru.
Senang kata, Google TV lebih bagus daripada Android TV. Antaranya kerana UI Google TV lebih mesra pengguna dan terkini berbanding Android TV.
Fungsi lain dibawakan Google TV termasuklah integrasi dengan peranti rumah pintar lain dan kawalan parental control yang lebih mudah dan terpaut dengan Family Link.
Mana yang lebih bagus?
Di bawah ialah kelebihan dan keburukan kedua-dua OS.
Android TV
TV yang guna OS ini boleh didapati dengan harga lebih rendah
Banyak aplikasi tersedia kerana ada Play Store
Lebih kerap dapat kemas kini (sistem dan aplikasi)
Jangka hayat OS yang lebih panjang
Ciri lebih sedikit
Ada Google Assistant
Antara muka kurang mesra pengguna (kecuali Google TV)
View attachment sony-google-smart-tv-768x432.webp
Namun untuk masa sekarang, TV dengan Google TV terhad tersedia pada TV yang lebih mahal. Anda boleh dapatkan Android TV walaupun ia akan diganti dengan Google TV dalam jangka masa panjang.
Smart TV
TV yang jalankan OS sendiri lebih mahal harganya
Aplikasi yang sedikit
Kemas kini yang jarang-jarang (sistem dan aplikasi)
Jangka hayat OS yang pendek
Ciri yang lebih banyak
Antara muka mesra pengguna
Kalau anda sukakan TV yang kaya dengan ciri dan UI yang ringkas, maka boleh dapatkan Smart TV atau Google TV. Tapi kalau mahukan harga yang rendah, boleh beli Android TV. Misalnya, TV daripada Xiaomi yang dijual bawah RM1,000.
Secara teknikal, Android TV ialah sejenis TV pintar (smart TV) kerana ia mempunyai OS tersendiri.
TV biasa pun boleh jadi TV pintar
Kalau anda sedang menggunakan TV biasa namun ia mempunyai port USB dan HDMI, anda boleh berjimat kerana boleh gunakan kotak Android atau cucuk peranti lain seperti Apple TV, Chromecast untuk sambungkannya dengan internet.
Contoh paling terkenal, Mi TV Stick dan Mi Box yang apabila anda cucuknya pada TV biasa, ia seolah-olah menggunakan TV pintar atau Android TV walaupun prestasinya tidak setanding.
Tapi matlamat anda untuk sambung TV dengan Internet, tonton Netflix, YouTube dan lain-lain dapat dicapai.
Beli
Android TV bawah RM1,000
Mi TV P1 32" (RM669) - Klik
SINI
Mi TV A2 43" (RM899) - Klik
SINI
Philips 32PHT6916/68 32" (RM925) - Klik
SINI
TCL 43S5200 43" (RM999) - Klik
SINI
TV Stick dan kotak Android
Mi TV Stick (versi global) - Klik
SINI
realme TV Stick - Klik
SINI
Chromecast 3 - Klik
SINI
Mecool KM2+/KD3/KM7+ - Klik
SINI