BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Smart Memperlihatkan SUV Terbesar Mereka - Smart #5

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Smart juga tidak terlepas untuk menunjukkan model terbaru mereka di Malaysia Autoshow 2025. Kali ini mereka memperlihatkan Smart #5 yang merupakan EV terbesar dan paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh mereka setakat ini.

IMG_20250508_104745373_copy_1280x964-950x715.jpg.webp


Rekaan #5 adalah sedikit berbeza dengan #3 dan #1 sebelum ini. Tubuh nampak lebih agresif dengan sistem lampu dean serta belakang yang kini mempunyai beberapa lampu menggantikan rekaan palang mendatar yang digunakan sebelum ini. Di hadapan serta belakang terdapat empat lampu kecil yang membuatkan ia seakan lampu kereta rally.

Sebaris lagi lampu limpah turut diletakkan pada bahagian bumbung mengingatkan saya kepada kenderaan lasak Camel Trophy. Secara keseluruhan #5 nampak garang berbanding dua model lain yang nampak lebih aerodinamik.

IMG_20250508_104429998_copy_1280x960-950x713.jpg.webp


Buat masa ini, tiada spesifikasi penuh untuk Smart #5 untuk pasaran Malaysia. Malah di MAS 2025, pihak Smart mempamerkan model Smart #5 dari pasaran China. Di pasaran luar, Smart #5 ditawarkan dengan varian Pro. Ia menggunakan satu motor yang dapat menghasilkan kuasa 250kW/ 335HP dengan tork 373Nm.

IMG_20250508_104854166_copy_1280x964-950x715.jpg.webp


Dalam masa 6.9 saat ia boleh memecut dari 0-100km/j. Bateri sebesar 76kWh 400V LFP dimuatkan yang dapat memberikan jarak perjalanan sejauh 465km WLTP. Pengecasan DC mengambil masa sekitar 30 minit dari 10%-80% dengan kuasa 150kW.

Selain varian Pro, terdapat juga varian Premium yang lebih berkuasa dengan bateri sebesar 100kWh NMC dengan platform pengecasan 800V. Bateri sebesar itu memberikan jarak perjalanan sehingga 590km WLTP dan pengecasan hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari 10% hingga 80% dengan pengecasan DC 400kW.

IMG_20250508_124643666_copy_1280x720-950x535.jpg.webp


Smart #5 ini juga mempunyai skrin HUD 25.6’’. realiti terimbuh, skrin kluster pemanduan 10.25’’ dan dua skrin 13’’OLED di bahagian tengah. Sistem audio daripada Sennheiser pula dilengkapi 20 speaker d untuk memberikan pengalaman yang lebih immmersif. Kesemua sistem di bahagian dalaman kereta ini dikuasakan oleh cip AMD V2000.

IMG_20250508_183110262_copy_1280x720-950x535.jpg.webp


Smart #5 ini sememangnya kelihatan sangat impresif dengan kebolehan dan ciri-ciri yang melimpah namun masih lagi menjadi tanda tanya varian yang manakah akan dibawa ke pasaran Malaysia pada masa akan datang.​
 
Back
Top
Log in Register