BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SM Sains Selangor, SAS Juara Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Ke-51

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SM Sains Selangor, SAS Juara Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Ke-51​

2c7217070659aa9d1480a5e7f9623fa06aa27440517e7

80d66f42f68f595a376bf5c91f53a55b6aa273f8eaf43

Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya merangkul gelaran juara pada Pertandingan Akhir Piala Perdana Menteri (PPM) ke-51 2026 yang berlangsung di Universiti Multimedia hari ini.

Sekolah Menengah Sains Selangor muncul juara Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) ke-51 bagi kategori bahasa Melayu manakala Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya mengungguli kategori bahasa Inggeris.

Kejayaan itu menyaksikan kedua-dua sekolah membawa pulang hadiah wang tunai RM51,000, piala iringan dan sijil.

Sekolah Menengah Sains Alam Shah pula muncul naib juara kategori bahasa Melayu manakala Sekolah Menengah Sains Miri meraih kedudukan sama bagi kategori bahasa Inggeris, dengan masing-masing menerima hadiang wang tunai RM20,000 dan sijil.

Pertandingan akhir yang berlangsung di Universiti Multimedia di sini turut dihadiri Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek, yang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Fadhlina berkata kejayaan melangkah ke pentas akhir pertandingan merupakan satu pencapaian membanggakan buat pelajar tanpa mengira keputusan yang diraih.

“Saya mahu anak-anak tahu bahawa pencapaian berdiri atas pentas ini adalah pencapaian yang cukup besar dalam kehidupan anak-anak. Tiada siapa boleh menafikannya. Ini merupakan kejayaan membanggakan ...iaitu berada di pentas ini,” katanya.

Beliau berkata pertandingan itu juga penting dalam memberi ruang kepada pelajar untuk membina keberanian, kemahiran berhujah dan keupayaan membuat keputusan, selain tidak sekadar menjadi penerima arahan.

Menurut Fadhlina, pertandingan itu turut menyaksikan kemunculan semula beberapa sekolah di pentas akhir selepas sekian lama, termasuk ada yang kembali selepas lebih 12 tahun.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada guru yang mencurahkan masa dan tenaga dalam membimbing serta melatih pelajar bagi menghadapi pertandingan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register