BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahas Piala Perdana Menteri Medan Pupuk Keberanian, Pemikiran Kritis - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bahas Piala Perdana Menteri Medan Pupuk Keberanian, Pemikiran Kritis - Anwar​

1d37aafac4b53058d5074980284e5ff66aa1360e4fa26

02258c9194d6c1b85b06d06dd7b3738f6aa13622bb0c4

c74b6f4de265349fd6c012e974df93bb6aa136485331c

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri bukan sekadar medan menguji keupayaan berhujah, malah menjadi platform penting dalam membentuk generasi muda yang berani bersuara, berfikiran kritis dan menghormati perbezaan pandangan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata pertandingan yang kini memasuki edisi ke-51 itu terus menjadi warisan Tun Abdul Razak Hussein dalam menyediakan ruang kepada golongan muda untuk menguji keberanian, mempertajam ilmu serta mengasah keupayaan berhujah.

“Lebih daripada sekadar pertandingan, ia menjadi ruang untuk anak-anak muda belajar menyusun fikiran, mempertahankan pendirian dan pada masa sama menghormati pandangan yang berbeza,” katanya.

Anwar berkata beliau berkesempatan meraikan peserta Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Edisi Ke-51 selepas mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, menjelang pertandingan yang dijadual berlangsung di Universiti Multimedia, Cyberjaya, esok.

Perdana Menteri turut menyatakan kekaguman terhadap kepekaan peserta terhadap perkembangan semasa, selain keberanian mereka mengemukakan persoalan serta kritis dalam menilai pelbagai isu.

Anwar berkata demokrasi yang sihat bukan sekadar keberanian untuk bersuara tetapi juga kesediaan untuk mendengar dan menghormati perbezaan.

Beliau turut menitipkan pesanan kepada peserta agar berbahas dengan tegas, penuh keyakinan dan adab serta berhujah tanpa membenci dan berbeza pandangan tanpa bermusuhan.

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri bermula pada 1974 di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, dan diperkenalkan sebagai memenuhi gagasan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein bagi melahirkan bakat pemimpin dinamis, cerdas dan bijaksana khusus untuk sekolah berasrama penuh (SBP).

 
Back
Top
Log in Register