BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SM Lee beri penghormatan terakhir kepada Ratu Thailand Sirikit di Bangkok

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25
whatsapp_image_2025-11-04_at_7.43.53_am.jpeg

(Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook)

SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong melawat Bangkok pada Isnin (3 Nov) untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang mantan Ratu Thailand Sirikit Kitiyakara.

Menerusi catatannya di laman Facebook, SM Lee kali terakhir bertemu mendiang pada 2009, semasa Thailand menjadi tuan rumah Sidang Puncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-14 di Hua Hin.
(Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook)
"Beliau mempunyai sifat belas kasihan dan khidmat bakti kepada rakyat Thailand seperti mendiang suaminya, Raja Bhumibol.

IKLAN

"Beliau juga merupakan penaung setia pelbagai projek diraja dalam bidang kesihatan, alam sekitar dan kebudayaan, dan sentiasa berdedikasi terhadap kesejahteraan rakyat Thailand.

"Legasi khidmat bakti sepanjang hayat beliau kepada Kerajaan Thailand akan terus menjadi inspirasi kepada Thailand dan seluruh dunia," kata SM Lee.

SM Lee, yang ditemani isterinya Ho Ching, turut menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada Raja, Keluarga Diraja dan rakyat Thailand.

"Dalam masa-masa kesedihan ini, Singapura berdiri teguh bersama Thailand," tambah SM Lee.

Mantan Ratu Sirikit, ibu kepada Raja Vajiralongkorn dan isteri raja paling lama bertakhta di negara itu, mangkat pada Jumaat (24 Okt) pada usia 93 tahun.

IKLAN

Beliau isteri kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang bertakhta dari 1946 hingga 2016.

Kerajaan Thailand mengisytiharkan tempoh berkabung selama setahun bagi semua kakitangan awam, kakitangan syarikat milik kerajaan dan pegawai kerajaan sebagai tanda hormat atas kemangkatan mantan Ratu Thailand Sirikit.

 
Back
Top
Log in Register