BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki mengaku hantar gambar MBS disunting seolah-olah terbakar kepada SM Lee

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Lelaki mengaku hantar gambar MBS disunting seolah-olah terbakar kepada SM Lee​

screenshot_2026-06-18_142427.jpg

Andie Tan Kok Yong di Mahkamah Negara pada 18 Jun 2026. (Gambar: CNA/Alyssa Tan)

SINGAPURA: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara kerana menghantar gambar Marina Bay Sands (MBS) yang disunting untuk kelihatan seolah-olah ia terbakar kepada laman Facebook Menteri Kanan Lee Hsien Loong, sambil menyentuh tentang "bom".

Andie Tan Kok Yong, seorang rakyat Singapura berusia 35 tahun mengaku bersalah pada Khamis (18 Jun) atas satu tuduhan sengaja mengedarkan mesej palsu di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Lain (Ketenteraman Awam dan Gangguan).

IKLAN

Tuduhan kedua kerana menghalang proses keadilan dengan melakukan tetapan kilang terhadap telefon bimbitnya akan diambil kira dalam menentukan hukuman.

BUTIRAN KES

Pada September 2025, Tan sedang melungsuri Facebook apabila dia terlihat gambar Marina Bay Sands terbakar.

Walaupun dia tahu ia adalah palsu, dia menyimpan gambar tersebut dalam telefon bimbit dan menghantarnya kepada laman Facebook rasmi Encik Lee melalui fungsi 'messenger' Facebook pada sekitar pukul 3.00 petang pada 29 September 2025.

Dia juga menghantar mesej "Bomb $1,500billion++wit management approved of 1st boss not merlion boss of tan jun yan".

IKLAN

Dia berbuat demikian sebagai perbuatan nakal terhadap SM Lee dan dia sedar bahawa sama ada Encik Lee atau sesiapa yang menyemak kandungan itu akan fikir MBS dibom, menurut mahkamah.

Seorang pentadbir laman Facebook Encik Lee yang sedang memantau laman itu melihat gambar dan mesej tersebut tidak lama selepas ia dihantar.

Atas sebab prihatin, dia membuat aduan polis dan mengambil petikan skrin kiriman mesej itu.

Polis memaklumkan kepada pengurusan keselamatan MBS supaya meningkatkan rondaan keselamatan dan akhirnya mengenal pasti Tan sebagai dalangnya.

Dia mengaku sebagai individu yang menghantar gambar dan mesej tersebut.

IKLAN

Pihak pendakwa memohon penjara selama empat hingga lapan minggu untuk Tan, sambil berkata dia pada dasarnya sudah mencetuskan ancaman bom palsu.

 
Back
Top
Log in Register