BTC USD 83,596.9 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skill Merdeka oleh 9W2WHJ

Status
Not open for further replies.
laaa x abis2 lg, uik bujal pon ada
:D:D
 
terlalu banyak isu dalam sini dan saya hanya memerhatikan sahaja. Apa yang saya dapat huraikan adalah begini:
a. Saya dapati isu ini bila orang melayu yang cipta kita akan katakan ia ciplak sedangkan bila bangsa lain kita akan kata trademark.

b. Indicator semua ada asasnya bila kita buat satu-satu sistem dan kita bina dan kita beri percuma( sebab ada yang saya dapat percuma) kita kata hebat dan sanggup menerima samada kita menang atau kalah. Tetapi bila kita kena Beli kita kata teknik dia menipu sebab pakai indicator. Sedangkan yang dijual diinternet semuanya dari teknik asas indicator. Perhatikan.

c. kita boleh komen setelah kita membaca keseluruhan sistem atau keluaran sesiapa. Seorang pengkomen yang bagus (semasa saya belajar diUniversiti) adalah bila dia baca dan membandingkan sesuatu antara A dan B dia telah baca kedua-dua A dan B. Bagi yang komen yang membina dan membetulkan yang salah adalah digalakkan. Orang yang kena komen perlu pula bersikap adil. Namun jika kita memberi ulasan tanpa membaca selengkap dan memahami sesuatu sudut dengan betul ,maka komen kita tidak berasas dan ini menyebabkan kita membuat sesuatu fitnah yang zalim.

d.Saya tidak menyebelahi sesiapa sebab saya melihat dari 2 sudut. Sudut penulis dan sudut pembaca. Penulis bersikap waras pada pandangan saya kerana tidak ingin menghangatkan suasana dan bukan untuk berdebat sebab bagi saya seorang trader profesional dia tidak akan memasuki sebarang forum dan lebih baik dia jadi silent trader. Manakala pembaca juga bersikap terbuka kerana memberikan asakan soalan kepada penulis supaya penulis memberikan jawapan. Bagi saya kedua-duanya mempunyai hak dalam sudut masing-masing. Saya pun tidak boleh memaksa penulis memberikan kenyataan bahan penulisannya sebab itu hak dia dan saya juga akan bertanya kepada penulis kerana itu hak saya. Namun antara soalan dan jawapan bergantung kepada prinsip masing-masing.

e. Saya membaca blog penulis dimana beliau ada menyatakan " yang benar-benar ingin memiliki" ini bermaksud sesiapa yang hendak membeli dipersilkan dan sesiapa yang tidak ingin saya dapti tiada paksaan.

f. Dalam blog penulis saya juga ada bertanya kepada dia di emailnya mengenai bahan penulisannya. Jawpan beliau adalah MNTPOD. Bila saya tanya apa maksudnya. Jawapannya adalah kenapa dia letak "MN" di depan TPOD. "MN bermaksud Magic Number dan ianya berasas dari situ. Ini bermaksud penulis telah menyediakan sistem berasaskan Magic Number. Akhirnya pada semalam saya secara terbuka telah dikirimkan senaskah MN-TPOD untuk membuktikan kebenarnya. Saya dapati benar apa yang dikatakan iaitu dia mengutamakan Magic Number bukan yang lain. Jadi anggapan saya selama ini tersasar. Saya baru sedar yang saya telah memikirkan benda yang lain dari apa yang ada didepan saya. Sebagai contoh bila kita berbual kita bertanyakan pasal kunci dan penjual akan menrangkan mengenai kunci. Maka kita akan memikirkan pelbagai jenis bentuk kunci, jenis kunci, buatan kunci padahal yang sebetulnya adalah bila kita melihat sendiri kunci itu.

g. Sikap trader kita sebenarnya termasuk saya mudah melatah bia ada sesuatu isu. Ini saya tidak nafikan kerana kita mudah menjatuhkan sesiapa sahaja. Ini saya perhatikan disini. APalah salahnya kita berkongsi idea memberikan sokongan pada mereka yang hendak maju. Cuba perhatikan bangsa kita dimana dan komen yang ada siapa penulisnya termasuk saya. Kita sedar kita tidak hendak bangsa kita tertipu tetapi kalau saya lihat secara jelas ( dahulu saya seorang trader yang suka membakar tetapai kini saya sedar) adakah sistem penulis memberikan keuntongan kepada trader yang membeli. Kalau ya mengapa kita tidak cuba untuk diri kita. Kalau tidak kita tidak perlu beli. Cuba lihat diblog dia, saya dapati semalam dan hari ini dia meneruskan profit nya dari USD 300 menjadi USD 4400++ Menguntongkan atau merugikan? Jika untong apa langkah kita dan jika rugi apa langkah kita. Cuba jadi trader yang berdisiplin dan profesional. Baru lah kita jadi hebat kita pakai yang tertentu sahaja dimana yang penting kita buat duit cara betul.

h. Trader profesional hanya mendiamkan diri kerana dia menumpukan pada kerjayanya. Kalau kita nak berjaya macam mereka yang bertrading baik kita menumpukan kepada apa yang kita fokus sekarang.

Inilah sahaja komen saya dalam pembacaan dari page ke page. Saya tidak menyokong penulis atau pembaca bagi saya saya sedar saya cuba berubah dari ttader anak bilis yang bising dan menjadi trader yang berjaya. Kemana dan dari mana ilmu itu kalau ada saya sanggup mengeluarkan belanja tidak kira percuma atau dibeli sebab orang tua saya dulu pun menyekolahkan saya dengan duit belanja dan bukannya percuma sehingga saya kini menjadi pensyarah di sebuah Universiti tempatan.

Salam Hormat dari saya;

jiwatenang20

maccih....betul betul...:)
betul2 menginsafkan ceq yg nubie ni..:-S :">
 
sudah la wahai sedara-sedara sekalian, ingat lah dan hormatilah hak org lain. biarkanlah bangsa melayu kita berjaya, rezki masing-masing. org melayu nie tak habis2 dengan perasaan ketidak puasan hati dia terhadap org lain. cubalah berubah. apa yang yang anda tdak puas hati dengan org lain? kalau x puas hati kerana hasil ciptaan org tersebut lebih baik dari ciptaan anda, apa salahnya anda sendiri memperbaiki ciptaan anda tersebut.

biarlah org yang membeli tu mengunapakai teknik tersebut, dan tengok apa komen mereka. ini belum apa2 dah nak memburukkan org. sudah-sudah la kepada sesiapa yang x puas hati tu. berbanyak kan lah dengan muhasabah diri dan sucikan hati. maaf jika kata-kata ini menyinggung perasaan anda sekalian.
 
takder yg buleh shareker? kite pun nak kaya jugak

tunggu kitorg kaut dulu.. lepas tu aku akan tanya kat bro WHA samada dia nk release ke public atau x.. hahaha :))

p/s - ubah la mentaliti tu.. jgn asyik kita mengharap tanpa usaha.. nk join benda2 berisiko kena hidup dgn risiko.. no rsik no gain high risk high return, itu saje.. easy get easy go.. :)cgrock
 
Last edited:
lepas aku membaca tulisan tulisan disini,
aku rasa pendapat dan hujah dua dua pihak pun betul, walaupun ada sesetengah kita ni....kurang berfikir sebelum bercakap...nampak sangat tak matang dan kebudak budakan....

agak agak la.....walaupun berselindung disebalik avatar tu....tunjukkan la kematangan berforum anda tu sikit....yg baik itu budi, yang indah itu bahasa.....bahasa yg buruk datang dari hati yg kurang wangi.... tak gitu???

jadi tahniah kepada yg berforum cara sihat, berfikir dan menulis secara matang....

kekadang kita kata "sharing is caring"....we do share but do you care??
do we care on the author effort to do analysis, to do back test...spend most of his time to get the good strategy...sometime we miss this...

on other part...it is up to the author either to publish it freely to the mass or to commercialize it. It is no sin to sell what you have been work with and found it is workable and can benefit many people....in this tiny world, we call it consultation....they sell their own effort...

to all, may the success be with you.

salam sayang dan ceria ceria....bujal
 
pipstar, tomie, mzi04, azriyes, forextitanium, abob4039, azanne1407, jmie, LipanBara, bujal38, elan, palik_x, AcesHigh, fadzli, umo, jiwatenang20, teapear, pakhamid, anief2020, adik74, lelabah, bujanglapok, warheadfx

ramai yg follow thread nie rupanyer yek :)cgrock:)cgrock
 
dua hari untung..dua hari lagi?

Hari ketiga profit lagi....
Alhamdullilah... bila kita selalu bersyukur, Yang Maha Esa akan menambah lagi nikmat yg tak terhingga
 
pipstar, tomie, mzi04, azriyes, forextitanium, abob4039, azanne1407, jmie, LipanBara, bujal38, elan, palik_x, AcesHigh, fadzli, umo, jiwatenang20, teapear, pakhamid, anief2020, adik74, lelabah, bujanglapok, warheadfx

ramai yg follow thread nie rupanyer yek :)cgrock:)cgrock

cis..gua pun kena snap ke??:mad::mad::mad:
 
Status
Not open for further replies.

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13705
USD / JPY
156.971
GBP / USD
1.32581
USD / CHF
0.83185
USD / CAD
1.41683
EUR / JPY
178.700
AUD / USD
0.70252
Back
Top
Log in Register