BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SK Kampung Baharu Lanjut Terima RM100,000 Menerusi Program Sekolah Angkat MADANI - AKM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141
e4eb9f8f585569da5cab9ecbf58f18cd687a0f8c75783

0f62276d0a0f73ee3c6020cffca69b85687a0f7708782

3b6abfb1fb93d7064712f2a8594aed92687a0f50c8d97

Kredit : Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)

Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Lanjut, Sepang menerima suntikan dana sebanyak RM100,000 daripada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) menerusi Program Sekolah Angkat MADANI yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memperkukuh ekosistem pendidikan di seluruh negara.

AKM memaklumkan dengan penyaluran dana itu, sekolah berkenaan dijangka melaksanakan beberapa inisiatif pendidikan baharu termasuk pembelian peralatan pembelajaran digital, baik pulih kemudahan sedia ada, serta penganjuran program pembangunan sahsiah murid.

Dana disampaikan Ketua Pengarah AKM Datuk Dr Roslan Hussin pada satu majlis ringkas yang dihadiri warga pendidik, kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta murid sekolah tersebut.

Roslan dalam ucapannya berkata Program Sekolah Angkat MADANI bukan sekadar bantuan bersifat material, sebaliknya pelaburan strategik untuk masa depan pendidikan negara.

"Peruntukan ini bukan sekadar angka di atas kertas. Ia adalah amanah rakyat untuk membina persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan menyeluruh. Sekolah ini dipilih kerana kita percaya akan potensinya dalam melahirkan generasi cemerlang berteraskan nilai MADANI," katanya.

SK Kampung Baharu Lanjut antara sekolah terpilih dalam fasa pelaksanaan awal program tersebut dengan AKM bertindak sebagai agensi pengangkat yang bertanggungjawab menyelaras sokongan dari segi naik taraf prasarana dan kemudahan asas, program peningkatan akademik dan bimbingan murid.

Turut diselaras ialah pengukuhan latihan profesional guru, sokongan kebajikan dan motivasi pelajar serta penerapan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam sahsiah murid.

Sementara itu, Guru Besar SK Kampung Baharu Lanjut Herman Mahamad Gapar turut merakamkan penghargaan kepada pihak AKM atas keprihatinan dan komitmen mereka dalam memastikan sekolah luar bandar turut mendapat perhatian kerajaan.

"Sumbangan ini amat bermakna buat kami. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada murid, malah membangkitkan semangat warga pendidik untuk terus memberikan yang terbaik dalam mendidik anak bangsa," katanya.

 
Back
Top
Log in Register