BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SK Batu Laut Terima Kemudahan Baharu PPKI Menerusi Inisiatif Sekolah Angkat MADANI

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
c4b47a02e193ef5b75467c35fb91962b698d70e322a2b

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (tengah) beramah mesra bersama murid-murid pada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi inisiatif Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Laut hari ini.

Turut sama Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad (kanan) dan Guru Besar SK Batu Laut Fadhlah Afif Talib (kiri).


Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Laut di sini menerima kemudahan baharu bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) melibatkan pembesaran dan penaiktarafan bilik darjah.

Sebelum ini bilik darjah berkeluasan 20x20 kaki persegi itu terpaksa dibahagikan kepada dua ruang untuk menempatkan murid Tahap Satu dan Tahap Dua kelas PPKI.

Projek pembesaran dan penaiktarafan itu dilaksanakan menerusi inisiatif Sekolah Angkat MADANI di SK Batu Laut yang dilancarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini.

Guru Besar sekolah itu, Fadhlah Afif Talib, 42, berkata ruang pembelajaran yang sempit dan kurang kondusif menyebabkan murid pendidikan khas terdiri daripada pelbagai kategori termasuk autisme, masalah pembelajaran dan disleksia belajar dalam keadaan tidak selesa.

“Dengan adanya bilik baharu berkeluasan 30x20 kaki persegi, murid kini dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa, seterusnya memberi kesan positif dari segi tumpuan dan perkembangan mereka,” katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran Sekolah Angkat MADANI itu.

PPKI SK Batu Laut menempatkan 25 murid berusia antara tujuh hingga 13 tahun.

Fadhlah Afif berkata selain PPKI, bilik darjah Tahun Dua turut menikmati kemudahan pembelajaran lebih selesa susulan kerja penaiktarafan kelas dengan melibatkan pembaikan lantai yang pecah, pemasangan semula kipas, penambahbaikan sistem pencahayaan, kerja mengecat serta pemasangan cermin tingkap baharu.

“Saya mewakili guru-guru SK Batu Laut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak KSN atas inisiatif ini yang semestinya memanfaatkan warga sekolah, menambah keselesaan dan keseronokan bagi kesemua 427 murid,” katanya yang berkhidmat sebagai guru besar sekolah itu sejak dua tahun lepas.

Inisiatif Sekolah Angkat MADANI itu merupakan susulan lawatan Shamsul Azri ke sekolah berkenaan pada Disember 2024 dan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kemudahan pendidikan di sekolah luar bandar sentiasa dipertingkatkan.

 
Back
Top
Log in Register