BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,260.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

siri 4 Merong Mahawangsa

mohad

Active+ Member
Messages
2,875
Joined
Oct 4, 2015
Messages
2,875
Reaction score
38
Points
30
IMG_1589_zpscxq1rm6z.jpg


telaga digali Saad ibn Waqqas di negara china

Nama asal Sultan Mudzafar Shah I ialah Merong Mahawangsa. Merong Mahawangsa bermaksud Naga Laut Pembesar Bangsa Harimau. Baginda juga digelar sebagai Waren Wong Ser.

Ayahanda baginda bernama Rum Chin Ser Wong. Datuk Merong Mahawangsa bernama Maharaja Sai Tee Sung yang berketurunan Shi Huang Ti, Maharaja China yang memeluk agama tauhid. Shi Huang Ti berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain.

gambar%20bendera%20tentera%20China%20islam_zps49nthoxy.jpg


Me Rong - Naga Laut, Maha - Pembesar-, Wang Ser -puak tentera (bangsa harimau). Bendera ini dijumpai dalam website Maharaja China semenjak tahun 1996 lagi. Sekarang bendera ini muncul semula tanpa kalimah diatas

Pengasasan Kesultanan

Pada tahun 650 Masihi, Saad bin Abi Waqqas dihantar ke China bagi menemui Maharaja Sai Tee Sung. Maharaja tersebut telah memeluk Islam. Maharaja tersebut telah memberikan surat watikah (kedah dalam loghat Siam) kepada Rum Chin Ser Wong.

Rum Chin Ser Wong telah menghantar Merong Mahawangsa ke Nusantara bagi mengembangkan Islam. Rum Chin Ser Wong memberitahu anakandanya bahawa terdapat sebuah istana tinggalan Wali Al Mustapa di sana.

Setelah baginda sampai di sana, puak tentera memberitahu baginda yang mereka telah menemui Istana Wali Al Mustapa berhampiran sebuah gunung. Gunung tersebut dinamakan Gunung Jerai. Merong Mahawangsa telah melawat istana tersebut. Baginda telah mendirikan sebuah kerajaan di Sungai Mas.


Kemangkatan

Pada tahun 667, Sri Jayanaga telah menyerang Sungai Mas dan membunuh Sultan Mudzafar Shah I. Baginda telah dimakamkan di Kampung Langgar, Lembah Bujang, Merbok, Kedah.


masjid-saad-bin-abi-waqas_zps35tnxyei.jpg


masjid dibina oleh saad abi Waqqas di guangzho China
 
Last edited:
Makam sebenar Merong Mahawangsa ditemui di Sungai Petani

image.jpg

Kewujudan sebuah makam tua dengan sepasang nisan purba di Kampung Bukit Berangan, Kuala Muda di sini mungkin milik Sultan Mudzafar Shah I atau lebih dikenali sebagai Merong Mahawangsa yang terkenal melalui Hikayat Merong Mahawangsa.

SUNGAI PETANI - Kewujudan sebuah makam tua dengan sepasang nisan purba di Kampung Bukit Berangan, Kuala Muda di sini mungkin milik Sultan Mudzafar Shah I atau lebih dikenali sebagai Merong Mahawangsa yang terkenal melalui Hikayat Merong Mahawangsa.

Ketua Penyelidik Projek Kajian Kesan Peninggalan Sejarah Kota Bukit Meriam dan Kota Sungai Emas Universiti Utara Malaysia, Syamsul Anuar Ismail berkata, kewujudan pasangan batu nisan itu dapat dibezakan dengan jelas di bahagian kepala dan kakinya dan diperbuat daripada batu kawi.

"Makam tersebut pada asalnya berada di dalam lot tanah persendirian milik penduduk yang dikenali sebagai Muhamad Nor di kampung tersebut sebelum dipindahkan ke Masjid Sintok Bugis pada September 2017 lalu.

"Kajian awal dan bukti geologi juga menunjukkan ia sesuai dengan zaman wujudnya masyarakat di Bukit Meriam dan Sungai Mas iaitu sekitar abad ke-5 Masihi," katanya kepada Bernama selepas melawat tapak peninggalan sejarah Kota Bukit Meriam dan Kota Sungai Emas di sini, hari ini.

Menurut cerita melalui hikayat terkenal itu, pusat pemerintahan di Kedah bermula di Kota Langkasuka sebelum berpindah ke Serokam, Kota Sungai Emas, Kota Aur dan akhirnya dipercayai di Bukit Meriam.

Sultan Mudzafar Shah I dikatakan mangkat pada 1179 dan disemadikan di Makam Kota Bukit Meriam.

Malahan, kewujudannya melalui gelaran Keramat Tok Wahid di kawasan perkuburan di Kampung Berangan di Kota Bukit Meriam menambah kebarangkalian terdapat pemimpin awal Kedah yang merujuk kepada Merong Mahawangsa.

"Ini kerana dalam bahasa Arab, wahid bererti pertama dan ini dapat dikaitkan kepada Sultan Mudzafar Shah I sebagai Sultan Kedah yang pertama.

"Ukiran sulur kacang pada makam yang membentuk seperti tanda Om menunjukkan budaya lama yang dikaitkan dengan agama Hindu yang menambah dekatnya masa dengan agama tersebut dan bagi sultan pertama Kedah yang sebelumnya beragama Hindu iaitu Raja Merong Mahawangsa atau Seri Paduka Maharaja Derbar Raja," katanya.

Tambahnya, penemuan ini sekaligus dapat menolak penemuan makam Sultan Mudzafar I di Kampung Pengkalan Bujang yang sebelum ini dipersetujui oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).

"Antara bukti yang ditemui adalah Batu Nisan Kepala yang berukuran 93.98 sentimeter (cm) termasuk puting, lebar bahu 35.56cm, pinggangnya 27.94cm manakala tapaknya adalah 33.02cm dengan ukuran tebalnya, 8.89cm.

"Sifat batu itu iaitu daripada batu kawi menunjukkan ia wujud lebih awal daripada jenis Samuder-Pasai yang lazimnya diimport dari sana dan penggunaan batu kawi sebagai nisan amat luar biasa kerana ia tidak pernah wujud di tempat lain di Kedah malah nusantara," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi PSMCK Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd Yusuf berkata, kaitan antara penemuan makam dan Merong Mahawangsa perlu kajian yang lebih mendalam.

"Kita perlu tahu bahawa Merong Mahawangsa hanya dicatatkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang kebanyakannya bersifat mitos.

"Saya lebih suka mengaitkannya dengan Seri Paduka Maharaja Debar Raja yang dicatat dalam At-Tarikh Salasilah negeri Kedah," katanya. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/negara/makam-sebenar-merong-mahawangsa-ditemui-di-sungai-petani-1.709029
 
jd wangsa = wang ser = bangsa harimau?
titiwangsa?
 
tu den saspek,
islam di ancient china sangat lama, tiada rekod juga seperti di kawasan ancient nusantara, musnah bencana alam atau perbuatan manusia atau disembunyikan juga.
dan juga den saspek, kekuatan empire kerajaan china2 (termasuk ancient) adalah sebab berteraskan ajaran islam, paling koman pun ada nilai2 keislaman.
 
Berita tu salah tulis tu...dah dibetulkan beberapa hari lepas tu...
 
Melalui cerita tidak sahih tokcik aku, seluruh nusantara dikuasai dibawah pentadbiran negeri kedah. Kedah akhirnya tumbang setelah kedah sendiri diserang oleh siam dan dibantu barat.

Nama2 kota di kedah merupakan sebuah tempat yg sememangnya maju akan tetapi semuanya sudah musnah hasil peperangan. Kubur panjang merupakan sebuah tempat di kedah hasil drpd pengkuburan pahlawan2 kedah.

Agama yg dianuti pula bukannya agama hindu, tetapi agama nabi ibrahim. Runtuhan2 yg dijumpai bukannya puing2 atau kuil, tetapi ianya merupakan tempat ibadat pengikut nabi ibrahim.

Sejarah malaysia tidak bermula dengan melaka atau singapura, tetapi sebenarnya kedah dan ianya beratus tahun sebelum melaka wujud lagi.

Ianya diseleweng bagi membuatkan rakyat malaysia lupa akan usul bangsa melayu sendiri.

Sekadar coretan tanpa bukti. Nak percaya lebeh, kaji sendiri.
 
Melalui cerita tidak sahih tokcik aku, seluruh nusantara dikuasai dibawah pentadbiran negeri kedah. Kedah akhirnya tumbang setelah kedah sendiri diserang oleh siam dan dibantu barat.

Nama2 kota di kedah merupakan sebuah tempat yg sememangnya maju akan tetapi semuanya sudah musnah hasil peperangan. Kubur panjang merupakan sebuah tempat di kedah hasil drpd pengkuburan pahlawan2 kedah.

Agama yg dianuti pula bukannya agama hindu, tetapi agama nabi ibrahim. Runtuhan2 yg dijumpai bukannya puing2 atau kuil, tetapi ianya merupakan tempat ibadat pengikut nabi ibrahim.

Sejarah malaysia tidak bermula dengan melaka atau singapura, tetapi sebenarnya kedah dan ianya beratus tahun sebelum melaka wujud lagi.

Ianya diseleweng bagi membuatkan rakyat malaysia lupa akan usul bangsa melayu sendiri.

Sekadar coretan tanpa bukti. Nak percaya lebeh, kaji sendiri.

aku amat tertarik part ni..takder ke ahli2 sejarah nak kaji? ke 'pejuang2 melayu'? since ada org ckp org hindu lagi awal kt semenanjung Malaysia
 
Kalau ambik versi ni orang cina dan india leh mengaku tok nenek dah lama datang tanah melayu...
 
Back
Top
Log in Register