TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
Hari ini 106 tahun yang lalu, kes pertama pandemik selsema Sepanyol dilaporkan.
Pada pagi 4 Mac 1918, Prebet Albert Gitchell, seorang tentera AS di Kem Funston dekat Fort Riley, Kansas mengadu mengalami demam, sakit kepala & sakit tekak. Menjelang tengahari itu, lebih 100 orang di kem tersebut dilapor mengalami simptom sama.
Tak lama kemudian, ia merebak ke kem tentera & penjara serata AS. Ia bertambah buruk apabila tentera AS dihantar bagi membantu angkatan Bersekutu di perbatasan di Perancis ketika Perang Dunia I, menyebabkan ia merebak. Menjelang Jun itu, 31,000 kes dilaporkan di UK.
Juga terdapat laporan bahawa penyakit seumpama itu sudah lebih awal ada di Eropah. Begitupun, banyak negara yang berperang tidak melaporkan kes penularan penyakit tersebut supaya tidak menganggu moral rakyat & tentera ketika tempoh perang.
Sepanyol mengambil langkah berkecuali, mereka bebas melaporkan isu selain politik & perang terutamanya apabila kesihatan Raja Alfonso XIII merosot. Sebab itu, umum menganggap Sepanyol adalah puncanya, lantas wabak itu dipanggil 'selsema Sepanyol'.
Pergerakan manusia ketika perang menambah parah keadaan. Menjelang penghujung musim panas, banyak kes mula dilaporkan di Rusia, Afrika Utara & India, termasuk China, Jepun, Filipina malah New Zealand turut dijangkiti penyakit tersebut.
Perang Dunia I berakhir pada 11 November 1918, namun selsema terus merebak. Kepulangan tentera AS menggandakan lagi kadar jangkitan di negara itu & dunia terus berperang melawan pandemik tersebut sehingga ia diisytihar dapat dikawal pada 1920.
Dianggarkan lebih 500 juta orang terjangkiti, 20 juta ke 50 juta nyawa melayang akibatnya, angka kematian yang lebih tinggi daripada jumlah yang gugur di medan peperangan.
Sumber: History
#PeristiwaHariIni