BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sikap ulama kini

Ini sebenarnya timbul daripada golongan muda yang menadah ilmu syara' tidak seperti 'ulama-'ulama silam yang fakeh dalam bidang masing-masing. Ilmu syara' yang paling baik dipelajari melalui kaedah talaki di hadapan tuan guru yang mursyid.
Di zaman sekarang ni, kita sepatutnya semakin bimbang kerana pertembungan golongan 'ulama lama dengan 'ulama muda mula timbul seperti yang berlaku pada tahun 1920-an dahulu.
Kemunculan 'ulama muda ini seolah-olah menyelaputi ilmu sebenar yang dibawa oleh 'ulama lama. 'Ulama muda hari ini menuntut ilmu syara' 'tak habis', kerana mereka mengaji hanya sekadar mahukan kelulusan peringkat sarjana atau doktor falsafah dalam bidangnya.

Maka lebih berhati-hati sekalian 'umat Islam hari ini.


Ini den risau sungguh. Sebab apa yang berlaku sebelum ni nampak berulang kembali. Pertembungan antara golongan baru dan tua.

Dulu masa sekolah den ingat bagus golongan muda ni membawa pembaharuan tapi ternyata silap.

Ulama muda sekarang terlampau mudah membid'ahkan amalan-amalan yang ada sandaran dalilnya. Sering menimbulkan masalah khilaf sehingga menimbulkan perpecahan umat.

Ada yang menggunakan slogan kembali pada Al Quran dan As-Sunnah. Ini betul, tapi ramai yang silap memahami dua sumber ni, tak memahami sebagaimana yang para ulama' faham. Ada yang menggunakan slogan Nabi saw tak buat kita jangan buat. Padahal hukum diambil dari apa yang Nabi saw larang, bukan apa yang Nabi saw tak buat.

Elok-elok dalam memilih ulama yang kita ambil pedoman. Mantapkan akidah dengan belajar ilmu tauhid dan banyakkan berselawat kerana orang yang banyak berselawat insyaAllah tidak akan disesatkan oleh Allah swt.

*Den takde masalah dengan ustaz-ustaz yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam bab cabang. Ini normal. Tapi dalam bab akidah tak boleh ada percanggahan. Den berpaksi pada akidah Asyairah Maturidiah. Mana-mana ustaz yang kata Allah swt duduk yang duduk atas arasy tu bertentangan dengan akidah yang den pegang.
 
TT ni mimpi ka..nak semua ulamak bersatu..tak pernah terjadi dalam sejarah islam ulama bersatu..
ulamak dikalangan sahabat, tabien dan tabiuttabien pun khilaf dan tak pernah bersatu...dari masalah..aqidah,fiqh,muamalat dan politik..

tunggu ja lah imam mahadi turun..tgk masa tu sapa yg mampu ikut dan sapa yg tak mau ikut.
 
mintak maaf..kadang kadang aku rasa ustaz skrg ni byk yang berceramah dari berdakwah...sekali ceramah masyuk...dah tentu yang datang masjid tu org bebaik..sekadar pendapat je..
 
mintak maaf..kadang kadang aku rasa ustaz skrg ni byk yang berceramah dari berdakwah...sekali ceramah masyuk...dah tentu yang datang masjid tu org bebaik..sekadar pendapat je..

pastu syok sendiri bila tgk ramai yg dtg pi dgr ceramah depa..
 
tak bole lah kita nk sapu rata semua org alim di Malaysia, mungkin ada kekangan masing2, cakap lebih2 karang , kena tekan pulak, kena gam pulak, ditarik tauliah, di ban drp ceramah... tu yg kn berceramah yg harmoni dgn kehendak masyarakat dan pihak atasan.. br selamat di dunia,

klau kena ban pun, bukan ada yg nk pertahankan, tanggungan dh makin tinggi skrg ni, anak bini, rumah kereta, klau bini-bini beserta anak2, lg byk tanggungan,

ilmu diorg kita hormati.. kita muliakan mereka kerana ilmu..
tp kita ambik mana yg baik, buang mana yg keruh..
 
biasa la tu ulama bbeza pandangan..
kadang2 bhasanya keras..
kadang2 bhasanya lembut..
biasanya nmpak mcm bgaduh..
tp bila bjumpa dorg okay je..
sbb perbahasan/perbezaan tu cuma terhad pada ssuatu isu je..

yg mnjadi mslh sbnrnya pengikut yg taksub ni..
dan ada batu api dstiap prbezaan tu..

kita kena faham.. ulama/ustaz/prof/pakar2 dlm smua bidang ni smua manusia.. dan manusia xbleh lari dari ksilapan.. cuma kita kena bsedia mnerima ksilapan tu walaupun dtg dari seorg tokoh yg paling hebat skalipun..
 
Pokoknya ulamak berani tegur pemimpin ke tidak? Kalau tak berani tegur maka dia salah. jangan berani tegur rakyat marhaen jer.
 
so far area aku byk aku jumpa..perwatakan warak..tapi blakang...takpe Tuhan tahu
 
Pokoknya ulamak berani tegur pemimpin ke tidak? Kalau tak berani tegur maka dia salah. jangan berani tegur rakyat marhaen jer.

yang aku tgk..ulamak rajin sgt tegur artis...masuk facebook...
 
Back
Top
Log in Register