BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas, TV kini boleh intip anda

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
Teknologi pintar bukan saja memudahkan pengguna tetapi boleh menyusahkan - apabila ia mencuri dengar perbualan anda!

Televisyen pintar keluaran Samsung, yang ada hubungan Internet, boleh merakam perbualan pengguna dan menyebarkan kepada pihak lain melalui alat kawalan jauh,
lapor The Huffington Post.

Perkara ini mula disedari minggu lalu apabila portal The Daily Beast terbaca polisi baru Smart TV Samsung mengandungi ayat: "Sila maklum bahawa jika suara anda termasuk perbualan peribadi dan maklumat sulit, suara itu akan dirakam dan dipancarkan kepada pihak lain melalui penggunaan sistem pengecaman suara."

Pengeluar barangan elektronik tersohor itu mengesahkan kepada The Huffington Post bahawa teknologi TV itu memang menghantar permintaan kawalan suara kepada pihak ketiga yang mencari rakaman tersebut.

Samsung bagaimanapun menjelaskan ia tidak menyimpan atau menjual rakaman suara itu.
 
perrgh teknologi yang semakin mengancam dan membahaya kan pengguna tu
 
Aku ada sebijik kat umah.. tapi tak connect ke tenet..
 
teknologi semakin berkembang dengan pesat
 
pakai la tv kotak
 
bahaya ni...

tgh main2 dlm bilik pon ntah2 samsung rakam...
 
kena pasang firewall kat rumah la camnie..
hampes btol teknologi skrg.
 
Back
Top
Log in Register