BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sijil UEC vs SPM/STPM.

Kajian ambil kira isu bahasa Melayu sebelum iktiraf UEC - Maszlee

018eb04044581665a7f34e6070422d30.jpeg


Kementerian Pendidikan tidak akan mengadaikan bahasa Melayu dan akan melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Katanya meskipun terdapat cadangan untuk mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Menurutnya pandangan pelbagai pihak tetap jadi keutamaan malah memandang berat isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan impak keputusan yang akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian.

“(Pengiktirafan) UEC adalah salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan. Cuma kita perlu ambil kira pandangan daripada beberapa pihak yang mereka tidak lihat sijil UEC sebagai sijil kemasukan semata-mata tetapi mengambil kira isu bahasa Melayu dan keharmonian.

“Saya perlu bertemu semua pihak berkepentingan bukan hanya kaum Cina tetapi juga golongan pejuang bahasa kebangssan dan mereka yang berurusan dalam menjaga keharmonian. Jika kita ingin UEC diiktiraf nanti, kita tidak mahu ia menjejaskan perpaduan dan bahasa kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, di Marang, hari ini.

Maszlee mengakui bahawa menentukan keputusan berhubung UEC bukanlah suatu yang mudah dan pihaknya tidak mahu selepas sesuatu keputusan dibuat akan berlaku ‘pusingan u atau flip flop’.

“Kita tidak mahu menggadaikan bahasa Melayu dan apa sahaja keputusan kita ambil akan bersifat komprehensif dan holistik. Meskipun kita tidak boleh puaskan hati semua pihak, tetapi kita boleh memberikan kelegaan kepada beberapa pihak,” katanya.

UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

Sementara itu berhubung isu pencabulan pelajar oleh guru, beliau berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi.

Katanya guru, ibu bapa dan pelajar perlu berani tampil membuat laporan supaya tindakan tegas diambil serta mengalu-galukan sebarang kerjasama daripada badan bukan kerajaan dalam menangani jenayah itu.

Maszlee berkata pihak kementerian berterima kasih kepada ibu bapa, penjaga, guru dan aktivis sosial yang segera melaporkan kejadian seumpama itu dan menurutnya dalam usaha mengekang jenayah itu pihak kementerian bercadang mengadakan ujian psikiatri ke atas bakal guru dan guru yang sedang berkhidmat.

- Bernama
 
manifesto BN pun iktiraf UEC kalau menang hari tu...

36750447_10216566913904326_6082559042809495552_n.jpg
 
Saya bantah.

Kenapa ada keperluan sekolah jenis cina diwujudkan? kenapa silibus pakai China punya tapi nak iktiraf di Malaysia?

Mengarut.
 
UEC sabotaj pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan

image.jpg


KUALA LUMPUR 8 Julai - Pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) merupakan sabotaj terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 selain boleh merenggangkan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, parti itu membantah pengiktirafan UEC kerana pelaksanaannya sama ada daripada aspek piawaian, silibus dan bahasa jelas bercanggah dengan status quo sistem pendidikan yang diamalkan di negara ini.


“Dua strategi utama untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di institusi pendidikan negara. Selain itu, kurikulum yang diwujudkan mestilah selaras dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.

“Bahasa Kebangsaan yang dirujuk dalam Akta Pendidikan 1996 ditafsirkan sebagai Bahasa Melayu sepertimana yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga Seksyen 74 Akta Pendidikan 1996 dengan jelas mengarahkan semua institusi pendidikan swasta mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid-murid bagi peperiksaan yang telah diselaraskan di peringkat negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengumumkan pengambilan lulusan UEC akan dilaksanakan sebagai antara syarat perjawatan peringkat negeri kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dalam kenyataan terbaharunya pula seperti yang dipetik dalam portal Malaysiakini hari ini, mahu isu UEC selesai sebelum hujung tahun ini selain menambah isu tersebut tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan. - UTUSAN ONLINE
 
xnampak atau saja butakan hati..

PAS saja parti tak mudarat...PH parti mudarat...BN pun parti mudarat

tak gitu k tuan....:):):)

no komen lebih2...kan jadi politik pula :)
 
Back
Top
Log in Register