BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Kita mesti berani mansuh SPM, STPM

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Kita mesti berani mansuh SPM, STPM

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN boleh membuat pertimbangan untuk memansuhkan semua jenis peperiksaan yang masih wujud seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Langkah ini sama seperti pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang digantikan dengan pentaksiran berasaskan sekolah.

Kita tidak boleh lagi melaksanakan proses penilaian berasaskan peperiksaan semata-mata kerana kaedah sedemikian memberi tekanan mental dan emosi kepada pelajar.

Dengan pemansuhan sepenuhnya sistem berorientasikan peperiksaan, ia dapat mengurangkan tekanan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga kerana mereka tidak perlu lagi pening kepala untuk memastikan anak-anak mendapat markah yang tinggi atau A.

Ibu bapa dan penjaga juga tidak perlu lagi bersusah payah melakukan perbandingan kejayaan anak-anak mereka dengan kanak-kanak lain.

Pemansuhan semua jenis peperiksaan adalah selaras dengan perubahan zaman. Terdapat banyak aspek kemahiran baharu yang perlu dikuasai pelajar kita selain dari aspek teori dan hafalan semata-mata.

Ini seperti kemahiran untuk berfikir aras tinggi, berkomunikasi dengan berani dan penuh keyakinan serta penggunaan pelbagai jenis aplikasi berasaskan teknologi terbaharu.

Sesuai dengan perkembangan zaman, proses penilaian juga harus berubah supaya kita benar-benar dapat menilai tahap prestasi pelajar kita meliputi segala aspek termasuk kemahiran dalam kehidupan.

Pemansuhan sistem berasaskan peperiksaan juga penting supaya kita tidak melahirkan pelajar yang ketagih untuk mendapatkan A dalam semua subjek yang dipelajari pada sepanjang masa.

Langkah itu dapat mengelak perbandingan dilakukan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain melalui keputusan peperiksaan atau jumlah A yang mereka peroleh.

Dengan tiadanya peperiksaan ini, para pelajar yang tidak menunjukkan prestasi baik dari sudut akademik tidak akan tertekan dan merasakan diri mereka tidak berjaya dalam kehidupan.

Dalam pada itu, sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah minda mereka bahawa kejayaan mendapat A dalam peperiksaan tidak bermakna seseorang itu akan berjaya dalam kehidupan. Mereka yang gagal mendapat sebarang A pun boleh berjaya dalam hidup.

Terdapat banyak individu yang berjaya di dalam dunia ini termasuk di Malaysia sedangkan mereka tidak mendapat sebarang A dalam peperiksaan ketika zaman persekolahan dahulu.

Ini sebagai peringatan kepada kita untuk tidak menilai prestasi seseorang itu hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja.

Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengambil langkah berani dan drastik bagi memansuhkan sepenuhnya semua jenis peperiksaan yang ada dalam sistem pendidikan negara pada ketika ini.

KPM boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan ini dengan lebih terperinci lagi. Jawatankuasa khas ini perlu dianggotai pakar pendidikan, guru dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Kita juga boleh mengadakan proses pungutan suara dalam kalangan pelajar sekolah sendiri terhadap cadangan yang dikemukakan ini.

Apa-apa keputusan yang hendak diambil kelak hendaklah mengambil kira suara pelajar kita kerana mereka yang akan menerima kesan daripada sebarang tindakan yang hendak dilaksanakan. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
 
Boleh juga xde spm, stpm.
Tp bila nak masuk matrix, universiti, kolej, dll
Akan ada ujian. Boleh jawab kira boleh masuk terus.

So di peringkat sekolah, perlu siap sediakan student yg boleh menjawab soalan² universiti. Base on apa yg student tu nak belajar kedepan nnt. Let say student nak belajar electronic in future. Maka sekolah akan susun benda apa yg perlu dibelajar. So student boleh pilih apa yg diorang nak belajar infuture. Kebolehan utk capture silibus akan dipantau. Kalau student x perform.adjust kpd subejct yg lebih flexible ikut keupayaan student. Jdi student dh boleh faham halatuju base on keupayaan sendiri..

Next phase, pemohonan universiti, kolej. Akan ada tapisan nya..

Cth : isi dlu pencapaian di sekolah base on activiti, kehadiran,jawatan, result bla bla. Kemudian akan ada tapisan online. Seterusnya hadir jawab peperiksaan di univesiti.Seminggu lepas tu dpt result. Boleh masuk orentasi..

Tapisan online ni kira soalan mix ikut bidang yg student nk apply.. Soalan agak tricky sikit.. Boleh je menipu dlm tapisan online.. Suruh org lain jawab. Tp bila kne hadir ke universiti utk jwb exam.. Sakit la.. Acah bijak sangat.. :ROFLMAO:
 
Biasanya yang taknak spm ni sebab anak anak mereka tak mampu dapat 10A. Tu yang pandai cilok suruh kementerian ubah sistem. Konon outdated. Padahal dengan sistem spm yang ada pun ramai orang melayu berjaya.
 
Kita mesti berani mansuh SPM, STPM

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN boleh membuat pertimbangan untuk memansuhkan semua jenis peperiksaan yang masih wujud seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Langkah ini sama seperti pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang digantikan dengan pentaksiran berasaskan sekolah.

Kita tidak boleh lagi melaksanakan proses penilaian berasaskan peperiksaan semata-mata kerana kaedah sedemikian memberi tekanan mental dan emosi kepada pelajar.

Dengan pemansuhan sepenuhnya sistem berorientasikan peperiksaan, ia dapat mengurangkan tekanan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga kerana mereka tidak perlu lagi pening kepala untuk memastikan anak-anak mendapat markah yang tinggi atau A.

Ibu bapa dan penjaga juga tidak perlu lagi bersusah payah melakukan perbandingan kejayaan anak-anak mereka dengan kanak-kanak lain.

Pemansuhan semua jenis peperiksaan adalah selaras dengan perubahan zaman. Terdapat banyak aspek kemahiran baharu yang perlu dikuasai pelajar kita selain dari aspek teori dan hafalan semata-mata.

Ini seperti kemahiran untuk berfikir aras tinggi, berkomunikasi dengan berani dan penuh keyakinan serta penggunaan pelbagai jenis aplikasi berasaskan teknologi terbaharu.

Sesuai dengan perkembangan zaman, proses penilaian juga harus berubah supaya kita benar-benar dapat menilai tahap prestasi pelajar kita meliputi segala aspek termasuk kemahiran dalam kehidupan.

Pemansuhan sistem berasaskan peperiksaan juga penting supaya kita tidak melahirkan pelajar yang ketagih untuk mendapatkan A dalam semua subjek yang dipelajari pada sepanjang masa.

Langkah itu dapat mengelak perbandingan dilakukan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain melalui keputusan peperiksaan atau jumlah A yang mereka peroleh.

Dengan tiadanya peperiksaan ini, para pelajar yang tidak menunjukkan prestasi baik dari sudut akademik tidak akan tertekan dan merasakan diri mereka tidak berjaya dalam kehidupan.

Dalam pada itu, sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah minda mereka bahawa kejayaan mendapat A dalam peperiksaan tidak bermakna seseorang itu akan berjaya dalam kehidupan. Mereka yang gagal mendapat sebarang A pun boleh berjaya dalam hidup.

Terdapat banyak individu yang berjaya di dalam dunia ini termasuk di Malaysia sedangkan mereka tidak mendapat sebarang A dalam peperiksaan ketika zaman persekolahan dahulu.

Ini sebagai peringatan kepada kita untuk tidak menilai prestasi seseorang itu hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja.

Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengambil langkah berani dan drastik bagi memansuhkan sepenuhnya semua jenis peperiksaan yang ada dalam sistem pendidikan negara pada ketika ini.

KPM boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan ini dengan lebih terperinci lagi. Jawatankuasa khas ini perlu dianggotai pakar pendidikan, guru dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Kita juga boleh mengadakan proses pungutan suara dalam kalangan pelajar sekolah sendiri terhadap cadangan yang dikemukakan ini.

Apa-apa keputusan yang hendak diambil kelak hendaklah mengambil kira suara pelajar kita kerana mereka yang akan menerima kesan daripada sebarang tindakan yang hendak dilaksanakan. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

muzaffar syah mallow? ooo x silap mamat ni yg 2 kali kena maki dengan aku kat dlm fb kementerian pendidikan sebab asyik komen suruh KPM teruskan pdpr.. aku komen cikgu2 kalau malas nak mengajar, nak pergi sekolah sila letak jawatan.. ramai lagi nak jadi cikgu.. terus senyap.. jenis pemalas nak mengajar tapi nak gaji besar. baik ko mati je lah
 
bodo apa cadangan
tak da exam baik xyah belajar
bukan macam tu
buat sekolah kemahiran
belajar tinggi tinggi , masuk U , jadi pegawai kerajaan,
seperti di putrajaya tu
pastu mengular
sarapan berjam jam, lunch jam 12 dah keluar
jam 3 sudah kemas meja

jadi apa guna spm
tak guna otak pun
kalau tak ada rasuah, baru lah negara maju
negara kita ni termasuk dlm top 10 rasuah
mengatasi Indonesia tau
 
senang skit lepas ni semua pakai kabel masuk kerja ...
ada exam pun belambak masuk kabel...
ini mentaliti anak2 orang yang malas belajar campur hati tisu

Orang melayu takut dengan competition..dah elok ada upsr, pmr gi mansuh. Alasan tamnak tekanan pada anak. Manjanya.
Padahal negara luar elok je ada centralized exam. IGCSE, SATs, ACCA, CLP semua tu. Taknak tekanan gi duduk kat PPRT dpt elaun jkm sampai mampus.
 
bukan macam tu
buat sekolah kemahiran
belajar tinggi tinggi , masuk U , jadi pegawai kerajaan,
seperti di putrajaya tu
pastu mengular
sarapan berjam jam, lunch jam 12 dah keluar
jam 3 sudah kemas meja

jadi apa guna spm
tak guna otak pun
kalau tak ada rasuah, baru lah negara maju
negara kita ni termasuk dlm top 10 rasuah
mengatasi Indonesia tau
kena buat jugak exam tu...tapi ditambah baikkan.
 
Back
Top
Log in Register