BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SIE 2026 Tarik Penyertaan 15 Negara, Perkukuh Sabah Sebagai Pasaran Global

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

SIE 2026 Tarik Penyertaan 15 Negara, Perkukuh Sabah Sebagai Pasaran Global​

3fe142d2c0cd1c3f2841577236b61b9f6a9aacf97cfcd

0c9c1da4bdd40e0f3cdbd5dd021c73a96a9aae40ece28

Kredit : FB Ewon Benedick Official Media

Sebanyak 15 negara menyertai Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE) 2026, sekali gus mencerminkan keyakinan dan minat komuniti perniagaan antarabangsa terhadap negeri itu sebagai destinasi perdagangan, pelaburan dan kerjasama perniagaan.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan negeri Datuk Ewon Benedick berkata penyertaan antarabangsa itu turut memperkukuh aspirasi SIE 2026 menerusi tema Sabah-Your Gateway to Global Opportunities.

Beliau berkata selain Malaysia, negara-negara yang menyertai SIE 2026 ialah Australia, Brunei, China, Denmark, Finland, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Poland, Singapura, Thailand dan Zambia.

“Penyertaan antarabangsa ini memberi petunjuk kukuh minat yang semakin meningkat terhadap Sabah sebagai destinasi perdagangan, pelaburan dan kerjasama perniagaan.

“SIE 2026 bukan sekadar sebuah pameran tetapi platform untuk kita menghubungkan pasaran, membina kerjasama, mewujudkan peluang dan meningkatkan nilai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian SIE 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Ewon yang juga Pengerusi Utama Penganjur SIE 2026 berkata ekspo itu menyediakan 300 reruai dengan kira-kira 35 peratus melibatkan pempamer antarabangsa, termasuk daripada rantau Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

“Kira-kira 10,000 pelawat perdagangan, delegasi, peserta dan pengunjung dijangka menghadiri pameran utama SIE 2026 selama tiga hari yang berakhir Ahad ini, dengan sasaran potensi jualan serta transaksi perniagaan sehingga RM10 juta,” katanya.

Ekspo itu menjadi satu platform kepada usahawan tempatan Sabah untuk memasarkan produk dan perkhidmatan serta meneroka potensi kerjasama perdagangan dengan delegasi dari luar negara.

 
Back
Top
Log in Register