mereka berpegang pada takfiri... kita sebaiknya jgn... elak jauh2 kafir mengkafir ni... kerana dlm hadis pernah menceritakan bahawa "brg siapa menyerupai sesuatu kaum itu,maka mereka menjadi sebahagian kaum itu."
Saya quote post ini adalah sebagai teguran secara umum.
Bukan khusus utk post ini sahaja.
Walaupun apa yg sdr post tu ada benarnya... akan tetapi kita kena bersifat adil dalam hal ini.
Iaitu perbincangan adalah berkisar tentang "Khawarij" bersumberkan jujukan hadis "membaca AQ tidak melewati kerongkongan - Matahari terbit dari 2 tanduk syaitan - Najd"
Ciri2 yg dinyatakan hendaklah benar2 dipetik dari jujukan hadis yang dinyatakan, bukan berdasarkan andaian ustaz2 tertentu yg bersifat bias/cenderung pada pihak tertentu. Antaranya yang dipetik dari hadis seperti berikut
- Mereka membaca AQ
- Mereka juga bercakap tentang hadis
- Kaum muda, lemah akal fikiran
- Membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala
- Bercukur gondol
- Asal usul adalah Najd
- Generasi terakhir mereka keluar bersama dajjal
Hanya apabila dapat dibuktikan bahawa suatu kaum itu
menepati kesemua ciri2 yang dinyatakan dalam jujukan hadis tersebut, barulah meraka boleh dikatakan sebagai "khawarij" berdasarkan bukti sejarah atau apa yang telah zahir depan mata.
Jika baru menepati 2 atau 3 ciri, kita belum boleh buat rumusan secara melulu