BTC USD 81,560.1 Gold USD 3,999.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Eric Paulsen?

Ini aku dgn member2 dah puas gelak dah masa tgk bola final dgn Thailand hari tu.

Sbb kan dia change yg dah last2 kan.

Ingatkan Dollah masuk pemain import mana pulak dlm Harimau Malaya.

Skali...Gulap gulita. :))

nk kata india mari x jgk. nk kata afrika mari x jgk..ahh poning den
 
korang perasan tak ada blog pro pakatan rakyat senyap orang putih celup ni kena tangkap ? bila berita UG laju saja kononnya bertentangan dgn semangat pakatan rakyat, mamat kawan baik tokoh pr ni hina islam tak keluar berita.
 
haha kejap lagi ada la geng kopiah dengan bertudung back up mamat ni yg buat kenyataan provok sama orang Islam
 
Kapankan je cina ni lps tu mskkan dlm liang lahad utk tempuh 1-2 jam lps tu bru lepaskan dia...
 
korang perasan tak ada blog pro pakatan rakyat senyap orang putih celup ni kena tangkap ? bila berita UG laju saja kononnya bertentangan dgn semangat pakatan rakyat, mamat kawan baik tokoh pr ni hina islam tak keluar berita.

Yg blog tu aku tak taula.

Tp,yg kat CG ni aku perasan la.

Senyap jer yg kuat menyokong PR bila keluar isu mcm ni.

Tak blh la mcm tu.

Patutnya bila yg melibatkan agama,semua umat Islam kena tunjukkan solidariti,

tak kisahlah kecenderungan politik belah mana.
 
haha kejap lagi ada la geng kopiah dengan bertudung back up mamat ni yg buat kenyataan provok sama orang Islam

Sadly to say...Itulah pattern nya skarang,tp,tak semua la yg perangai mcm tu.

Yg conscience,atau tahap kesedarannya tentang Islam jelas,tak kot.

Tp,sepatutnya,golongan sebegini la yg perlu duduk di saf hadapan dlm mempertahankan Islam.

Dan kalau sekalipun tidak dpt berbuat demikian atas apa alasan sekalipun,

at least jgn la duduk di saf hadapan dlm mempertahankan org2 yg menghina/provoke org Islam.
 
Lantik Eric Paulsen langkah sumbang - Reezal Merican


http://www.utusan.com.my/berita/politik/lantik-eric-paulsen-langkah-sumbang-reezal-merican-1.822553


KUALA LUMPUR 14 Jan. - Pelantikan Eric Paulsen sebagai wakil baharu Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) disifatkan sebagai langkah yang sumbang dan merupakan satu kesilapan.

Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut menyifatkan Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty itu sebagai seorang yang sangat kontroversi selain mempunyai perspektif dan pandangan sangat liberal.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tidak menafikan latar belakang pendidikan Eric yang baik serta kebolehan dan merit beliau sebagai seorang pengamal undang-undang, tetapi banyak penjelasan perlu diberikan berikutan sikap serta pendiriannya selama ini.

"Apakah mereka yang terlibat dalam pemilihan jawatan strategik ini tidak melihat pendirian Eric sebelum-sebelum ini?

"Antara perkara yang pernah dibangkitkan beliau ialah

  • Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mempromosi ekstremisme;
    [*]Jakim dan para ulama tidak ubah seperti kasta paderi eropah;
    [*]Mufti Johor dianggap sebagai Taliban dan

    [*]kebanyakkan mufti serta ulama tidak siuman,"
katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Tambah Reezal Merican pandangan Eric itu walaupun disuarakan dalam media sosial, namun tetap membayangkan akar fikiran beliau yang terlalu kontroversi dan kasar.

Sehubungan itu, Reezal Merican meminta Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah bersikap telus dan memberitahu kepada rakyat nama-nama yang telah disenarai pendek untuk lantikan itu sebelum Eric dipilih.

"Siapa anggota pemilih? Apakah tidak ada tokoh-tokoh lain yang kurang kontroversi boleh diketengahkan?

"Pelantikan ini mendatangkan kekhuatiran dalam kalangan majoriti rakyat kerana sikapnya yang terlalu melindungi kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender). Apakah ini sahaja aspek `hak asasi' yang mahu diperjuangkan di peringkat ASEAN?" soal beliau.

Reezal Merican dalam pada itu cukup yakin ada nama-nama lain boleh dipertimbangkan pihak kerajaan termasuklah dalam kalangan anggota jawatankuasa baharu Majlis Peguam yang tidak kurang kredibilit mereka.

Begitu juga, kata beliau, dalam kalangan aktivis Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

"Kita punya ramai bakat lain yang boleh diketengahkan berbanding seorang individu yang penuh kontroversi," tegas beliau. - UTUSAN ONLINE
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register