BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Siapa Mengatasi Undang-undang - Majlis Presiden PH

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141

Tiada Siapa Mengatasi Undang-undang - Majlis Presiden PH​

729784691399ef7dd1031062e4eec65a6341741ee8d7a


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menegaskan tidak ada mana-mana individu yang mengatasi undang-undang di negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, majlis itu turut menyuarakan sokongan terhadap pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan nasihat daripada Peguam Negara serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

“Majlis Presiden juga menegaskan bahawa tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Dan sesiapa sahaja yang di sabit kesalahan perlu menjalani hukuman mengikut lunas undang-undang seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Majlis Presiden PH turut menegaskan komitmen untuk terus membanteras gejala rasuah, mengangkat agenda Reformasi, serta membersihkan negara daripada sebarang unsur penyelewengan.

Kenyataan itu hadir susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Terdahulu, Majlis Presiden dilaporkan mengadakan mesyuarat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan perkembangan terkini dalam negara.

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 5.30 petang itu dipengerusikan Anwar yang juga Pengerusi PH dan dihadiri pimpinan utama gabungan itu.

Antara yang kelihatan memasuki bangunan itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

 
Back
Top
Log in Register