BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AUKU Akan Dimansuhkan Sepenuhnya, Tiada Undang-undang Baharu Kongkong Mahasiswa - Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

AUKU Akan Dimansuhkan Sepenuhnya, Tiada Undang-undang Baharu Kongkong Mahasiswa - Anwar​

6d8e6212bd99538327c75072a7959d3b6a8160c0a64f9

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kerajaan memberi jaminan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dimansuhkan sepenuhnya, tanpa pengenalan sebarang undang-undang baharu yang bersifat mengongkong  atau menekan gerakan mahasiswa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau sendiri akan memperingatkan perkara itu, dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Ada kebimbangan, kadang-kadang dibatalkan AUKU (dan) diperkenalkan undang-undang baharu yang juga mengongkong mereka.

“Saya juga tidak bersetuju terhadap apa-apa pindaan atau gantian (undang-undang) yang mengongkong dan menekan kegiatan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bersempena dengan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2026, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Anwar berkata peruntukan undang-undang sedia ada termasuk berkaitan jenayah, sudah memadai untuk menangani sebarang salah laku yang mungkin dilakukan oleh kumpulan mahasiswa.

Beliau berkata sebagai warganegara, mahasiswa tertakluk kepada undang-undang umum yang terpakai kepada semua individu, sekiranya mereka melakukan kesalahan.

“Mahasiswa sebagai rakyat biasa, ada undang-undang jenayah, ada undang-undang yang memang terpakai kepada semua.

“Kalau dia pukul orang, kalau dia menyebabkan kecederaan, kalau dia menipu dalam peperiksaan, itu undang-undang sedia ada (mencukupi untuk hukuman),” kata Perdana Menteri.

 
Belajar habis dulu, baru aktif dalam politik.

Tengok syed saddiq dah ler, budak belum matang jadi MP, bila ko nak kawin, kena stop politik dulu dan bagi masa kepada keluarga.

Padahal, politik ni cerita tentang pentadbiran negara... benda yang besar.....

Ntah, tak paham apa yang bang non cuba buat.

Kalau setakat nak student paham demokrasi, masukkan satu syllabus dalam general subject 2 credit hours pun dah ok.....
 
Back
Top
Log in Register