BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa ‘order’ biawak dalam talian?

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
geli-biawak.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan beberapa pekerja kurier cuba menangkap biawak yang melarikan diri. - Threads

JAKARTA – Sekumpulan pekerja kurier di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila dirakam mengejar bungkusan berisi seekor biawak hidup yang melarikan diri, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video kejadian dikongsi di platform Threads oleh akaun @makasar_info menunjukkan beberapa pekerja cuba menangkap reptilia itu yang dipesan oleh pelanggan.

Ada antara mereka yang lari bertempiaran kerana ketakutan.

Mereka juga terpaksa menggunakan peralatan sedia ada dan tangan kosong untuk menangkap biawak.

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 9,200 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Siapa pesan biawak dalam online?” kata seorang netizen.

“Status bungkusan: bungkusan larikan diri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register