BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa dah start simpan emas?

Salam CG, nak tanya antara warga CG siapa yang dah start simpan emas?
bleh kongsi sikit tak, kenapa tergerak nak simpan emas,and bagi siapa yang belum ada emas tu kenapa tak nak simpan or apa sebab tak nak. boleh kongsi sikit, nak tengok jawapan , tq :)cgrock
saya mula simpan dengan publicgold masa harga emas 220 segram lagi..nak tahu boleh PM 0122090098...saya boleh share
 
Tauke riang emas laku​

lead-2-2.jpg

PEKERJA Dhiya Gold di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu menunjukkan gelang tangan emas yang menjadi pilihan pelanggan ketika ini.

KOTA BHARU – Kebanyakan premis perniagaan emas di sekitar daerah ini tetap menjadi sasaran pembeli meskipun harga semasa emas melonjak kepada RM297 segram minggu lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati, harga semasa emas di kebanyakan premis daerah ini turun kepada RM285 segram semalam selepas naik mendadak sejak beberapa hari lalu.

Pekerja Kedai Emas Noris di Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, Noraini Ismail, 38, berkata, jualan emas di premisnya minggu lalu tidak terjejas apabila hampir 20 pelanggan datang untuk membeli barangan kemas ketika harganya mencecah RM297 segram.

Menurutnya, jualan di premisnya juga mampu mencecah RM50,000 sehari meskipun emas ketika ini mencatatkan harga yang paling tinggi pada tahun ini.

“Harga emas beberapa hari lalu cecah RM297 segram dan hari ini (semalam) turun kepada RM285. Pelanggan tetap ada tidak kira harga emas naik atau turun.

“Sekiranya emas mahal, ada pelanggan yang menjual barangan kemas kepada kami. Ada juga yang tukar untuk dapatkan emas baharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ujar Noraini, premisnya membeli harga emas terpakai daripada pelanggan pada kadar RM272 segram dan jumlah itu sudah memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, pemilik kedai emas di Menara Perbadanan, di sini, Azhari Mahmud, 50, berkata, harga emas yang melonjak minggu lalu menyebabkan ramai peniaga emas tiada aliran tunai yang baik untuk membeli barangan terpakai daripada pelanggan.

Katanya, dia seboleh-bolehnya enggan membeli emas terpakai daripada pelanggan kerana harganya jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

“Pelanggan baharu tetap ada, namun ia berkurang kerana tidak banyak yang mahu membeli emas ketika harganya mencecah RM290 hingga RM297 segram.

“Setakat ini, perniagaan emas masih lagi stabil dan saya menjangkakan harganya akan turun kepada RM275 hingga RM280 dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya.

Salam! Saya baru mula simpan emas sebab ia jadi pelaburan yang stabil dan boleh jadi lindung nilai inflasi. Kalau ada yang belum simpan, mungkin sebab kurang pengetahuan atau fikir pelaburan lain lebih menguntungkan. Ada sesiapa yang ada tips atau pengalaman?
 
beli emas perhiasan..kena bayar duit upah
beli emas bar..takde duit upah.

masa ni jangan beli lagi..simpan duit tunggu duit naik meroket..hujung tahun depan dah boleh beli..
 
simpan di mana tu bos..
 
beli emas perhiasan..kena bayar duit upah
beli emas bar..takde duit upah.

masa ni jangan beli lagi..simpan duit tunggu duit naik meroket..hujung tahun depan dah boleh beli..
Setuju, beli emas bar memang tak ada kos upah, berbanding perhiasan.
 
Back
Top
Log in Register