BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shamsul Iskandar Gagal Pindahkan Pertuduhan Rasuah Ke Mahkamah Tinggi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
3e89a61670e7daed3b118796d2b659c469f047830a273

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri) untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah dihadapinya daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas setiausaha politik kanan kepada perdana menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah dihadapinya daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menolak permohonan itu dengan memutuskan bahawa pemohon tidak memenuhi syarat di bawah Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah.

“Dengan kedudukan undang-undang yang jelas berhubung perkara ini, saya tidak melihat sebarang alasan untuk menyimpang daripada duluan kehakiman yang telah ditetapkan, sebahagiannya bersifat mengikat. Sehubungan itu, permohonan ini ditolak,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan mewakili pihak pendakwaan, manakala peguam Datuk Amer Hamzah Arshad mewakili Shamsul Iskandar.

Dalam permohonan difailkan pada 4 Feb lepas, Shamsul Iskandar berhujah bahawa kes tersebut melibatkan persoalan perlembagaan dan isu perundangan yang kompleks, termasuk perkara berkaitan Perlembagaan Persekutuan, sambil menambah pemindahan itu tidak akan memudaratkan mana-mana pihak dan akan memudahkan penentuan isu-isu dibangkitkan dengan lebih teratur.

Pada 4 Dis 2025, Shamsul Iskandar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan bersetuju menerima RM100,000 daripada ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, 37, sebagai dorongan untuk membantu syarikat Tei mendapatkan lesen penerokaan mineral di Sabah, walaupun perkara itu tidak berkaitan dengan tugas rasminya.

Beliau juga berdepan satu lagi pertuduhan menerima wang tunai RM40,000 daripada individu yang sama bagi tujuan sama, selain dua pertuduhan menerima rasuah berbentuk kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai, masing-masing RM14,580.03 dan RM22,249.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya; di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin di sini; serta di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya, antara 7 Dis 2023 dan 31 Jan 2024, serta antara 24 Nov 2023 hingga 5 Mac 2024.

Pada 5 Dis tahun lepas, beliau turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM62,924 daripada Tei di sebuah bank di Country Heights, Kajang antara 28 Nov 2023 dan 23 Sept 2024.

 
Back
Top
Log in Register