Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Ahli perniagaan Albert Tei, 37, hadir di Mahkamah Sesyen hari ini, bagi sebutan kes empat pertuduhan memberi suapan berjumlah RM176,829.03 berhubung kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Ahli perniagaan Albert Tei akan mengemukakan permohonan untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah yang dihadapinya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Mahajoth Singh yang mewakili Tei, atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 37, memaklumkan permohonan itu akan difailkan selewat-lewatnya minggu depan.
“Permohonan itu dibuat kerana pertuduhan dihadapi anak guam kami membabitkan isu perlembagaan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Selain itu, Mahajoth berkata pihaknya akan meneliti kesemua dokumen kes itu terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada perlu mengemukakan representasi atau sebaliknya.
Terdahulu, semasa prosiding di hadapan Hakim Rosli Ahmad, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar memaklumkan pihak pendakwaan telah menyerahkan sebahagian dokumen kes kepada pembelaan.
Hakim Rosli kemudian menetapkan 15 April ini untuk sebutan semula kes.
Tei, 37, didakwa atas empat pertuduhan iaitu memberi suapan wang tunai berjumlah RM140,000 dan kelengkapan perabot termasuk barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Suapan itu sebagai dorongan untuk Shamsul Iskandar membantu syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan dengan tertuduh mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, walaupun sebenarnya perbuatan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal prinsipalnya.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, di sini dan Presint 14, Putrajaya antara 24 Nov 2023 dan 5 Mac 2024.
Albert Tei Mohon Pindah Lima Pertuduhan Rasuah Ke Mahkamah Tinggi
mahkamah, rasuah, pindah kes, Albert Tei