2618918
Super Active Member

- Messages
- 5,274
- Joined
- Aug 8, 2012
- Messages
- 5,274
- Reaction score
- 3,139
- Points
- 211
Dulu PAS lawan Umno, kalah Umno menang PAS. Kalah PAS menang Umno. Sekurang-kurangnya siapa pun yang menang, ia masih Melayu Islam.sudah2 lah, pencen lah dato!
releks2 blh bnyk maso poie masjid surau ngaji kitab kuliah dhuha & bleh bnyk maso jago kebun.....
kebun harumanis kan? ekekeekkeke
Bermula PRU 14, PAS lawan Umno, boleh terjadi dua-dua kalah. Yang menangnya ialah DAP dan sekutunya. Hal ini mesti dielakkan berulang pada PRU 15.
Kita perlu berjiwa besar dan kesabaran yang tinggi untuk menjayakan semua ini. Sabar ialah suatu sifat yang sangat hebat. Ada ketikanya dalam Quran, Allah menyebut sabar lebih dulu dari solat. "Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan mendirikan sembahyang..."
Menekuni sejarah panjang perjuangan pelbagai bangsa di dunia ini, perhatian saya terpaku pada suatu kenyataan pahit, bahawa sentiasa wujud golongan pengkhianat dari kalangan anak bangsa sendiri yang mengkhianati perjuangan.
Ketika Tentera Abrahah memasuki Mekah untuk meruntuhkan Kaabah, muncul seorang pengkhianat dari Kabilah Arab Bani Thaqif bernama Abu Ghirar yang bertindak sebagai penunjuk jalan kepada Abrahah. Bila Abu Ghirar mati, kuburnya direjam oleh orang Arab jahiliyah yang datang mengerjakan haji sebagai menzahirkan kemarahan mereka kepada pengkhianatan Abu Ghirar.
Sejahat-jahat Israel, tetap ada Arab Palestin yang bersekongkol dengan Israel mengkhianati perjuangan HAMAS. Tentunya lebih jahat lagi orang Melayu yang rela dibayar Zionis untuk mengkhianati perjuangan saudara seagama.
Dalam perjuangan orang Arab menentang penjajah, ada pengkhianat dari kalangan bangsa Arab sendiri.
Khilafah Islam Abbasiah jatuh kerana pengkhianatan Perdana Menteri Khalifah al Muktasim Billah yang bermazhab Syiah. Khilafah Islam Uthmaniah juga jatuh pada 1924 antaranya kerana pengkhianatan ummat Arab yang bersekongkol dengan tentera Inggeris.
Ketika orang Islam Indonesia menentang penjajah Belanda, orang Indonesia juga yang menjadi talibarut Belanda. Akhirnya Indonesia dijajah oleh Belanda selama 350 tahun.
Malah ada orang Melayu yang menjadi talibarut Portugis ketika penjajah barat itu menawan Melaka.
Talibarut Jepun di Malaysia usah diceritakan lagi. P. Ramlee rakamkan pengkhianatan ini dalam Filem Sarjan Hasan.
Ketika DAP berusaha menghakis sedikit demi sedikit hak Melayu Islam dan Bumiputra, ada Melayu yang rela diperkudakan DAP, ada Melayu yang rela berpecah tanpa penyatuan ummah, mengkhianati perjuangan bangsa sendiri.
Walau pahit, inilah realiti...