BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shahidan dan Ismail guna tiket PN pertahan Arau, Maran

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261
Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. - Foto fail NSTP
Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. - Foto fail NSTP






TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan oleh Barisan Nasional (BN) akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah, diumumkan akan bertanding atas tiket PN bagi mempertahankan kerusi oleh Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Selain Shahidan, penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang turut digugurkan BN, turut diumumkan mewakili PN bertanding mempertahankan kerusi itu.

Shahidan ketika berucap selepas namanya diumumkan bertanding atas tiket PN di Parlimen Arau, berkata beliau memilih untuk bersama PN dibuat selepas nama 'calon boleh menang' yang dicadangkan kepada UMNO pusat tidak dipedulikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mendakwa, Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk, bersikap tidak jujur dan menipu apabila mengubah namanya daripada bertanding tanpa mengikut keputusan Top-5.

"Nama saya sudah diserahkan kepada Top-5, tetapi Ahmad Zahid gagal mengikut keputusan dan penipu apabila mengubah senarai calon yang sudah diputuskan Top-5," katanya pada Majlis Ceramah Perdana sempena Majlis Pengisytiharan Calon PAS Terengganu PRU15, di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, malam ini.

Yang turut hadir adalah Naib Presiden PAS, Datuk Ser Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Datuk Husain Awang dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Senator Datuk Razali Idris serta kira-kira 10,000 ahli PN daripada seluruh negeri.





Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (depan, kiri) mengangkat tangan Datuk Seri Shahidan Kassim yang diumumkan akan bertanding di Parlimen Arau atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pengisytiharan Calon PN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) di Rusila di Marang, malam ini. - Foto BERNAMA
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (depan, kiri) mengangkat tangan Datuk Seri Shahidan Kassim yang diumumkan akan bertanding di Parlimen Arau atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pengisytiharan Calon PN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) di Rusila di Marang, malam ini. - Foto BERNAMA




Bagaimanapun, Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan tidak hadir pada majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata gerakan perpaduan ummah perlu dan akan terus dilaksanakan.

"Bagi memastikan kemenangan PN, kita akan gempur Parlimen Arau secara habis-habisan.

"Terima kasih kepada seluruh pimpinan PN termasuk Abdul Hadi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk bertanding di Parlimen Arau," katanya sambil berseloroh terpaksa bergegas pulang ke Arau untuk mengisi borang pencalonan selepas menerima watikah sebagai calon PN
 
Pilihanraya tahun ni banyak rosak
sesiapa pun menang
lepas tu huru hara




percaya lah
 
dato mail ni antara org kuat menentang najib. aku suka. adun pas kwsn aku bwh dato mail aku suka sgt. sgt perform. asal panggil wajib dtg. kenduri kawin, tahnik bayi, bg ceramah, ajak borak, mancing smua jadi. x pernh ditolaknya. skolah pondok, madrasah dan skolah biasa dia jg btl2. sentiasa bg sumbangn sbb dia kata tu duit rakyat mmg utk rakyat. bkn mcm calon bn sblm ni sombong. minx sponsor skit j x dilayan. lps aku sumpah trs klh pru lps.hahahaha..
 
aku tgk annuar musa rilek je dok sapot calon bn baru kat ketereh tu...siap bg sumbangan bagai...yg ni gila kuasa btoii
 
Tahniah PAS dah menang 1 kerusi Parlimen.... Nampak Kali ni parti melayu mmg nk menang kerusi Parlimen... Walaupun tahu calon yg bertanding atas ticket parti dorg tuh akan melompat keluar ... Menang kerusi dulu.. parti kemudian.. hehehhe
 
Tahniah PAS dah menang 1 kerusi Parlimen.... Nampak Kali ni parti melayu mmg nk menang kerusi Parlimen... Walaupun tahu calon yg bertanding atas ticket parti dorg tuh akan melompat keluar ... Menang kerusi dulu.. parti kemudian.. hehehhe
boleh mlompat lagi ka skang ni..bukan dah kuat kuasa ka akta anti katak itu hr...ke aku trtggal bas...lompat kalu lucut jawatan
 
Back
Top
Log in Register