TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Sebahagian siri setem khas (lembaran mini) yang dijual sempena Pameran Setem Remaja Dunia Malaysia 2014 di KLCC.
KUALA LUMPUR – Setem pertama yang pernah digunakan di Malaysia pada tahun 1854 kini milik Tan Ah Ee seorang jutawan dari singapura.
Setem berusia 160 tahun itu berharga berjuta ringgit serta merupakan antara koleksi termahal yang dimiliki Tan.
Setem pertama yang dilekat pada sampul surat 160 tahun lalu ini menjadi titik permulaan kepada sejarah penggunaan setem di Malaysia.
Ia juga adalah antara koleksi paling lama jadi tontotan pengunjung di Pameran Setem Remaja Dunia Malaysia 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur anjuran Pos Malaysia Berhad.
Tan yang memulakan hobi mengumpul setem sejak kecil lagi berkata, minatnya yang agak mendalam dalam bidang sejarah mendorongnya membelanjakan berjuta-juta ringgit terhadap koleksi setem.
Tan Ah Ee
“Pengumpulan setem ada kaitan dengan sejarah. Ketika saya masih bersekolah lagi, saya suka matapelajaran sejarah dan akan mendapat markah yang baik dalam matapelajaran tersebut.
“Apabila kita mula mengumpul setem kita mula mengetahui surat iru dihantar ke negara mana dan sebagainya,” ujar Tan.
Tambahnya setiap keping setem yang dimilikinya mewarisi sejarah negara dunia dalam tempoh berbeza, malah setem itu juga antara bahan bukti yang dapat menceritakan sejarah lampau dengan tepat.
Setem pos pertama kali diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840 sebagai sebahagian rombakan perkhidmatan pos pimpinan Rowland Hill.
Setem pos pertama, Penny Black julung kali dikeluarkan pada 1 Mei untuk digunakan mulai 6 Mei 1840.
http://news.abnxcess.com/bm/2014/12/setem-pertama-malaysia-milik-jutawan-singapura/